Action speaks louder than words

“Dah lebih tujuh tahun,” dia menjawab dengan suara yang agak perlahan. Dia tak menduga pengendali kursus makan bersama dengannya. Saya pula memang tak suka duduk di meja yang berasingan apabila minum pagi pada waktu rehat. Saya lebih suka bergaul dengan para peserta.

 

“Tuan ada berapa orang anak?”

“Saya ada tiga orang anak. Yang tua sekali baru ambil SPM tahun lepas.”

 

Saya dapati setelah beberapa ketika bersembang, dia mula rasa selesa dan mahu menceritakan perihal keluarganya. Agaknya ramai yang tidak tahu berkenaan dengan keluarganya.

 

Maklumlah dia hanya seorang pengawal keselamatan. Tapi bagi saya dia adalah salah seorang peserta yang perlu di santuni. Apatah lagi, dalam dunia dakwah ini, sesiapa pun boleh menjadi mad’u (orang yang didakwah) kita.

 

Saya pernah ditanya, bagaimana nak bersembang dengan orang yang pelbagai latar belakang. Saya jawab, “Satu, jangan kisah dengan siapa kita berinteraksi, samada orang yang berpangkat atau kuli, layan mereka seperti manusia.” Saya ingatkan mereka kisah Abdullah Ibn Umm Maktum.

 

“Kedua, fokus kepada perkara yang berkaitan dengan orang yang kita berinteraksi. Jangan suka menceritakan kisah kita sahaja.”

 

“Ketiga, apabila orang yang kita interaksi itu bercerita, beri penuh perhatian dan beri respon yang sesuai apabila berbicara. Angguk bila perlu angguk dan gelengkan kepala bila perlu. Memberi respon yang sesuai itu akan memberi gambaran bahawa kita memang minat berkenaan apa yang dibicarakan.”

 

Lagipun, modul yang saya bawa pada ketika itu adalah Komunikasi Berkesan. Alangkah baiknya jika ia dijelmakan dalam bentuk amalan agar peserta kita faham.

 

Ingat, selaku pengendali program, setiap tindakan kita diperhatikan. Ingat bahawa apa yang kita lakukan lebih berkesan sebagai pengajaran daripada apa yang kita katakan – “Actions speaks louder than words”.

 

Selepas rehat, saya dapati Maniam lebih reponsif dan gembira menghadiri kursus sehingga selesai. Walaupun para peserta terdiri daripada pelbagai kaum, saya selalu tekankan bahawa asas daripada apa yang saya sampaikan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Saya dapati para peserta tidak kisah pun siapa rujukan kita.

 

Pernah dalam satu kursus Jabatan Pertanian Malaysia, salah seorang beragama Kristian bangkit memberikan respon setelah habis kursus.

 

“Saya seorang beragama Kristian tapi saya hargai apa yang disampaikan. Ia sungguh menusuk jiwa.”

 

Pernah saya dijemput untuk berceramah kepada kanak-kanak umur 12 tahun. Ikut jadual, saya berceramah sekitar jam 9.00 malam selepas pertandingan tilawah. Jam 9.30 malam, program masih tak habis. Jam 10.00 malam masih tak habis.

 

Saya kawal diri agar jangan menunjukkan reaksi kurang senang. Perkara ini memang perlukan latihan dan kesabaran. Bayangkan sebagai penceramah jika kita tunjukkan kemarahan kita, impak mesej akan berkurangan.

 

Tidak diduga, ceramah bermula jam hampir 12.00 malam. Saya hanya menyampaikan 30 minit tajuk al-Quran dan Sains. Saya kesiankan mereka yang mendengar.

 

Walaupun mereka nampak tidak puas dengan apa yang disampaikan kerana terlalu singkat, mereka juga sedar bahawa tidak realistik untuk memanjangkan masa kerana ramai penonton terdiri daripada kanak-kanak.

 

Saya gembira bukan sebab berjaya sampaikan ceramah, tetapi berjaya bersabar menghadapi situasi yang sebegini. Selaku pendakwah, kita memang sentiasa diperhatikan.

 

Walaupun pada asasnya, kita buat bukan untuk menunjuk-nunjuk pada manusia, tetapi apa yang terbuku di kalbu biasanya akan terserlah di alam nyata.

 

Ikhlaskan diri dan bersihkan dalaman kita, insya-Allah amalan kita itu akan menjadi daya penarik kepada mesej yang kita hendak sampaikan. Yakinilah kita hanya berusaha sebaik mungkin, Allah yang memberi hidayah.

 

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah UTM Skudai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia