A2G13-ER bawa misi unik dan berbeza

Misi ini adalah yang keempat dianjurkan oleh Aqsa Syarif dan sebagai siri misi terakhir bagi Bantuan Kecemasan (Emergency Relief, ER) kepada siri-siri bantuan kemanusiaan yang telah dilaksanakan sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu A2G10-ER, A2G11-ER dan A2G12-ER.

Misi kali ini unik dan berbeza daripada misi-misi lain kerana ia mengandungi beberapa fokus:

1. Universal Music Malaysia (UMM) akan mengadakan “Music & Arts into the lives of the children in a cross-cultural format between Malaysia and Palestine“. Ia bakal menyaksikan kebudayaan Malaysia dipersembahkan ke sekolah dan hospital di Palestin, penyerahan dana sumbangan antara SK Bukit Damansara dan Gaza Primary School, pembiayaan pelajar Palestin dan bengkel muzik dan seni untuk kanak-kanak Gaza.

2. Lensa Gaza (LG): Sekumpulan jurukamera Malaysia akan menterjemahkan suasana kehidupan selepas kemenangan 14 November (Hijjaratus Sijjin) dalam format gambar.

3. Lawatan ke Hospital Ar-Rantissi bagi penyenaraian barang-barang keperluan dan ziarah ke atas penghuni hospital.

4. Seminar akademik bertajuk “Christian Zionist And Us Foreign Policy Towards Israel” di Islamic University of Gaza (IUG).

5. Penyerahan bantuan kepada wakil-wakil NGO Aqsa Syarif di Gaza.

6. Wakil Viva Palestina Malaysia (VPM) akan mengadakan lawatan ke tapak serangan dan hospital-hospital seliaan VPM.

A2G13-ER diketuai oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Mohd Tahir Abd Rahman.

Dokumentasi gambar sepanjang program diamanahkan kepada IKRAMedia dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang menghantar empat orang wakil iaitu Pengerusinya Hj Mohd Fadzil Saleh, Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti, Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Amir Farid Sabuddin yang turut mewakili Aqsa Syarif Negeri Sembilan.

Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada anggota misi. Beliau dalam satu kenyataannya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang tidak pernah luntur dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Semoga segala bantuan yang dihulurkan rakyat Malaysia diberkati Allah dan ia tetap disanjung dan dihargai oleh rakyat Palestin yang memerlukan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia