Hj Badlishah Kekal Presiden IKRAM, 2 Naib Presiden Baharu

SERI KEMBANGAN – Hj. Badlishah Sham Baharin telah dilantik semula sebagai Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), begitu juga dengan En. Jusni Yusoff untuk Timbalan Presiden bagi sesi 2026-2030.

Mereka dan 10 lagi Ahli Jawatankuasa Pusat, serta Wanita IKRAM Pusat, telah dilantik melalui agenda Pemilihan Kepimpinan IKRAM dalam sidang pertama Dewan Perwakilan Nasional (DPN) bagi sesi itu pada 21-22 Februari lalu.

Sidang DPN juga telah melantik dua Naib Presiden IKRAM baharu, iaitu Dr. Sabariah Baharun dan Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Sementara itu, Mohd. Hafiz Abd. Hamid terus diberi kepercayaan untuk meneruskan amanah sebagai Setiausaha Agung IKRAM, manakala Hj. Ismail Yusoff Awang juga dikekalkan sebagai Bendahari.

Bagi sayap Wanita IKRAM, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dilantik sebagai Ketua Wanita dan Pn. Hazdiana Bahari sebagai Timbalan Ketua Wanita yang baharu.

Berikut adalah senarai penuh Ahli-ahli JKP dan JK Wanita IKRAM Pusat sesi 2026-2030 yang dilantik dalam sidang tersebut.

JAWATANKUASA PUSAT (JKP) IKRAM 2026-2030

Presiden: Hj. Badlishah Sham Baharin

Timbalan Presiden: En. Jusni Yusoff

Naib Presiden: 

  1. Dr. Sabariah Baharun
  2. Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

Ketua Wanita: Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman

Setiausaha Agung: En. Mohd Hafiz Abd. Hamid

Penolong Setiausaha Agung: En. Khubaib Azahari

Bendahari: Hj. Ismail Yusoff Awang

Ahli Jawatankuasa Pusat:

  1. Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta
  2. Prof. Dr. Hanim Salleh
  3. En. Ahmad Ammar Ahmad Termizi
  4. Dr. Hajar Opir
  5. Dr. Hasbullah Hj. Ashari

JAWATANKUASA WANITA IKRAM PUSAT 2026-2030

Ketua Wanita: Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman

Timbalan Ketua Wanita: Pn. Hazdiana Bahari

Naib Ketua Wanita:

  1. Pn. Dzilal Abdul Aziz 
  2. Pn. Sabariah Manshor 

Ahli Jawatankuasa Wanita Pusat:

  1. Pn. Roselinee Mohammad Radzi
  2. Dr. Norzitah Abdul Karim

Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan DPN menyaksikan Prof. Dr. Arshad Ahmad dipilih sebagai Yang Dipertua DPN, dibantu oleh Hj. Abdul Jalil Abdullah selaku Timbalan Yang Dipertua. Jawatan Setiausaha DPN disandang oleh Ir. Zubair Tholudin, manakala Cik Asma Adnan dilantik sebagai Penolong Setiausaha DPN.

Untuk memperkasakan operasi, Perlembagaan IKRAM membolehkan Presiden menamakan maksimum sembilan orang untuk menjadi Ahli JKP baharu, dengan minimum tiga daripadanya adalah Ahli DPN, yang disahkan oleh DPN.

Menurut Mohd Hafiz, pemilihan ini merupakan sebahagian daripada proses demokrasi dalaman IKRAM yang berteraskan prinsip syura, amanah dan tanggungjawab kolektif dalam memastikan kesinambungan kepimpinan organisasi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli IKRAM agar terus memberikan sokongan, dukungan serta doa kepada barisan pemimpin baharu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas demi memperkukuh peranan IKRAM dalam masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia