SHAH ALAM – En. Awang Amirul Hazwan Awang Mahmudin, guru SK Sungai Padas dari Sandakan, Sabah sekali lagi muncul juara bagi kategori Pelajar dan Guru Sekolah dalam Pertandingan Video Pendek “Integriti Dibina Rasuah Binasa” sempena Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025.
Lebih manis lagi, video Cikgu Awang Amirul Hazwan turut meraih Anugerah Tontonan Tertinggi dalam pertandingan ini kerana berjaya meraih 1.4 juta tontonan. Seorang lagi guru dari sekolah yang sama, Pn. Rumaizah Mohamed, turut mendapat tempat kelima dalam kategori yang sama.
Selain itu, video Firdaus Abu Bakar, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah turut mengekalkan kejuaraan dengan meraih tempat pertama pertandingan video pendek ini bagi kategori Sektor Awam dan Agensi Kerajaan.
KIAR 2025 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Rasuah Busters hari ini mengumumkan pemenang pertandingan video antirasuah yang telah berlangsung sejak 1 November hingga 31 Disember 2025 yang lalu.
Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah telah dibuat semasa Majlis Penutup KIAR 2025 yang turut diserikan dengan Forum Khas bertajuk “Integriti di Era Digital” bagi mengupas cabaran integriti dalam landskap digital semasa.
Forum ini menampilkan tiga ahli panel iaitu Hj. Badlishah Sham Baharin (Presiden IKRAM), Pn. Salwa Mohd. Salleh (CEO SalamPro Group) dan Datuk Prof. Awang Azman Awang Pawi (Pengarah Pusat Kecemerlangan Melayu UM) serta dihoskan oleh pengacara Ismail Adnan.
Pertandingan video pendek ini menerima sambutan memberangsangkan dengan sebanyak 207 penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Secara keseluruhan, dianggarkan lebih 2,500 individu terlibat secara langsung dalam penghasilan video-video yang dipertandingkan.
Hadiah disampaikan oleh Hj. Badlishah Sham bersama Dato’ Hussamuddin Hj. Yaacub selaku Ketua Pasukan Rasuah Busters.
Penyertaan kali ini menunjukkan penglibatan yang meluas daripada pelbagai pihak termasuk sekolah, universiti, badan kerajaan, jawatankuasa masjid serta kumpulan produksi bebas, yang menunjukkan kesungguhan dalam menyampaikan mesej integriti dan antirasuah melalui kreativiti video masing-masing.
Berikut ialah senarai penuh semua nama pemenang mengikut kategori dan kedudukan.

Kategori: Pelajar dan Guru Sekolah
- Tempat Pertama
Awang Amirul Hazwan Awang Mahmudin
SK Sungai Padas, Sandakan, Sabah | https://vt.tiktok.com/ZSfCGfGpb/
- Tempat Kedua
Annetta Zaity Zainal
SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota - Tempat Ketiga
Ku Muhammad Firdaus Ku Zullkhairi
SMK Kuala Nerang - Tempat Keempat
Siti Syardia Erdina Mohamed
SK Pengkalan Ara - Tempat Kelima
Rumaizah Mohamed
SK Sungai Padas, Sandakan, Sabah
Kategori: Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi
- Tempat Pertama
Muhammad Arsyad Shahrul Hadi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / KelasCancel Studio | https://vt.tiktok.com/ZSfx45wxL/ - Tempat Kedua
Muhammad Irfan Roslan
Cinearts Production - Tempat Ketiga
Jesnita Salamat
Universiti Sains Malaysia - Tempat Keempat
Muhammad Adam Rosni
IPG Kampus Kota Bharu - Tempat Kelima
Nur Syafiqah Sofian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Kategori: Sektor Awam dan Agensi Kerajaan
- Tempat Pertama
Firdaus Abu Bakar
Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah | https://vt.tiktok.com/ZSPh7rUWB/ - Tempat Kedua
Mohamad Shafiq Jamaluddin
Pangkalan Udara Wilayah Utara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - Tempat Ketiga
Muhammad Yasser Arafat Zulkifli
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sibu - Tempat Keempat
Nur ‘Azam Mohd Bahari
Jabatan Kastam Diraja Malaysia - Tempat Kelima
Mohd Yusri Yusof
Perbadanan Stadium Malaysia
Kategori: Umum
- Tempat Pertama
Muhamad Amirul Azizi Roslan
Masjid Bandar Seri Putra | https://vt.tiktok.com/ZSfssEWo9/ - Tempat Kedua
Mohd Azinuddin Aziz
TikTok Din_Skyfield - Tempat Ketiga
Danial Mirza Ahmad Zawawi
Individu - Tempat Keempat
Jeffry Husnu
Jeffry Jay - Tempat Kelima
Adib Uthman Mohd Apan
Team Gurga Content Creator
Anugerah Khas
Anugerah Tontonan Tertinggi
Awang Amirul Hazwan Awang Mahmudin
SK Sungai Padas, Sandakan, Sabah
(1.4 juta tontonan)








