IKRAM Sambut Baik Tekad Kerajaan Teruskan Agenda Reformasi Negara

IKRAM Sambut Baik Tekad Kerajaan Teruskan Agenda Reformasi Negara

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan atas keberanian dan iltizam politik untuk meneruskan agenda reformasi negara, sebagaimana yang dizahirkan dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YAB Perdana Menteri.

Penekanan terhadap reformasi institusi dan pentadbiran negara termasuk usaha memperkukuh tadbir urus, ketelusan, akauntabiliti serta pemisahan kuasa merupakan langkah penting ke arah membina sebuah negara yang lebih adil, berintegriti dan diyakini rakyat.

Usaha-usaha reformasi ini juga selari dengan visi IKRAM untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah, berteraskan 15 ciri utama yang menekankan keadilan, amanah, kesejahteraan rakyat, keluhuran undang-undang, kebajikan sosial serta tadbir urus yang baik. Pembaharuan yang berani dan konsisten adalah prasyarat penting bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

IKRAM turut menyambut baik keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat dan penjawat awam, di samping usaha mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta mengurangkan campur tangan politik dalam pentadbiran. Pendekatan ini mencerminkan usaha mengimbangi agenda reformasi dengan keperluan sebenar rakyat.

Walau bagaimanapun, masih banyak usaha reformasi yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perubahan positif dalam negara, antaranya pengawasan parlimen yang lebih besar terhadap SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya, serta langkah meningkatkan perwakilan wanita dan memperkenalkan Akta Pendanaan Politik.

IKRAM percaya bahawa reformasi negara memerlukan komitmen berterusan, pelaksanaan yang konsisten serta sokongan masyarakat sivil, agar segala usaha ini tidak menghakis kepercayaan orang ramai bagi memastikan perubahan ini berlaku.

Sehubungan dengan itu, IKRAM bersedia untuk terus memainkan peranan sebagai rakan konstruktif dalam menyokong pembinaan Malaysia yang berteraskan nilai rahmah, keadilan dan kesejahteraan bersama.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia