Reformasi Polisi Dadah: DPPM, IKRAM & MASAC Himpunkan Pemimpin Islam

Reformasi Polisi Dadah: DPPM, IKRAM & MASAC Himpun Pemimpin Islam

KUALA LUMPUR –  Sidang Kemuncak Polisi Dadah Malaysia 2025 (Drug Policy Summit Malaysia 2025) telah berlangsung pada 4-5 November lalu di Hotel Flamingo di sini.

Persidangan ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi penguat kuasa, ahli akademik, pakar kesihatan dan aktivis masyarakat sivil bagi membincangkan hala tuju dasar dadah negara.

Sidang kemuncak telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Lukanisman Awang Sauni, yang turut dihadiri ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Haji Badlishah Sham Baharin dan Ketua Kluster Masyarakat Progresif IKRAM, Haji Ainullotfi Abd Latif.

Selari dengan sidang ini, 10 persidangan meja bulat telah diadakan bagi membincangkan pelbagai aspek reformasi dasar dadah, antaranya Persidangan Meja Bulat Pemimpin Agama Islam Mengenai Reformasi Polisi Dadah.

Persidangan meja bulat ini dibuat atas keyakinan bahawa dalam isu dadah, pemimpin agama dapat menyokong peralihan daripada pendekatan hukuman kepada pendekatan kesihatan dan hak asasi manusia berasaskan prinsip rahmah, keadilan sosial dan maqasid syariah.

Persidangan pemimpin Islam anjuran Drug Policy Program Malaysia (DPPM) dengan IKRAM dan Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) sebagai rakan kerjasama strategik serta disokong JAKIM, YADIM dan IKIM dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan institusi agama dalam mendidik masyarakat agar memahami isu dadah dengan pendekatan belas ihsan dan tanggungjawab sosial, bukan sekadar melihatnya sebagai kesalahan moral.

Beliau juga menyatakan bahawa perlunya pembaharuan polisi dadah negara berasaskan pendekatan yang lebih inklusif, berperikemanusiaan dan berteraskan nilai Islam, seterusnya menyeru semua pihak agar memperkukuh kolaborasi antara agensi kerajaan, NGO Islam dan masyarakat sivil dalam menangani isu ini.

Ketua Unit Putuskan Rantaian Dadah IKRAM, Puan Faridah Maludin menjadi salah seorang pembentang dan berkongsi pengalaman hampir dua dekad menyantuni pesalah serta penagih dadah di Penjara Wanita Kajang, dengan menekankan pendekatan harm reduction (pengurangan mudarat).

Ketua Unit Putuskan Rantaian Dadah IKRAM, Puan Faridah Maludin

Turut membuat pembentangan ialah pakar kesihatan dan psikiatri, Dr. Fadzli Md Isa yang mengupas aspek kesihatan dan rawatan; YM Raja Azizan Suhaimi daripada MASAC yang menyorot pandangan hak kemanusiaan; serta Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fawwaz Fazil, yang memberi pencerahan dari sudut hukum Islam dan tanggungjawab masyarakat.

Kehadiran pelbagai tokoh ini membuka ruang wacana yang luas dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai dimensi isu dadah serta keperluan dasar yang lebih menyeluruh dan seimbang.

Persidangan meja bulat ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan kehadiran hampir 60 wakil daripada agensi Islam, NGO, ahli akademik dan masyarakat sivil.

Semoga Sidang Kemuncak Polisi Dadah Malaysia 2025 dan inisiatif persidangan meja bulat ini menjadi langkah penting dalam membina penyelesaian berimbang antara pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan, selaras dengan nilai rahmah dan keadilan sosial yang dituntut Islam.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia