Flotila ke Gaza: MyCARE Wakili FFC Hantar 9 Peserta

ITALI – Walaupun sebahagian kapal Global Sumud Flotila telah ditahan, kapal Freedom Flotilla Coalition (FFC) bersama inisiatif anak muda Thousand Madleens to Gaza (TMTG) akan tetap meneruskan pelayaran bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan serta mendesak penamatan sekatan udara, laut dan darat ke atas Gaza. 

Flotila ini menghimpunkan wartawan antarabangsa, pakar perubatan  aktivis kemanusiaan serta pakar undang-undang dan hubungan antarabangsa.

Misi ini digerakkan sebagai gelombang ketiga selepas kapal Madleen dalam flotila sebelum ini, yang dinaiki Greta Thunberg ditahan, lalu disusuli pula dengan pelayaran besar-besaran di bawah payung antarabangsa Global Sumud Flotilla.

Sebanyak 10 bot telah berlepas pada 27 September 2025 dari Itali di bawah FFC dan TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali pada 30 September 2025, dinaiki oleh lebih kurang 100 orang peserta yang kebanyakannya petugas kesihatan dan wartawan.

Delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini adalah:

Kapal Layar Umm Saad (FFC x TMTG)

  1. Dr Maziah Mohammad (Doktor Perubatan)

Kapal Conscience

  1. Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Misi)
  2. Dr Fauziah Hassan (Doktor Perubatan)
  3. Dr Hafiz Sulaiman (Doktor Perubatan)
  4. Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor Perubatan)
  5. Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan ASTRO Awani)
  6. Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah)
  7. Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)
  8. Puan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)

“Misi ini adalah tanda solidariti bersama wartawan Palestin dan petugas perubatan yang terus melaporkan situasi di Gaza, selain menyeru kerajaan, institusi dan masyarakat menyokong usaha ini serta memastikan laluan selamat bagi kapal-kapal kemanusiaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

Tahun ini, tiga kapal FFC iaitu Conscience, Madleen dan Handala pernah dihalang daripada berlayar. Conscience dibom menggunakan dron berhampiran perairan Malta pada bulan Mei, sementara Madleen dan Handala dipintas rejim Zionis pada Jun dan Julai ketika masih beratus batu dari Gaza.

Misi ini menekankan peranan kritikal pakar perubatan, wartawan dan aktivis antarabangsa untuk memastikan suara rakyat Palestin terus didengar. MyCARE bertindak sebagai wakil rasmi Malaysia dalam FFC, memastikan delegasi negara dapat menyumbang secara bermakna dalam usaha kemanusiaan dan hak asasi manusia ini.

Para peserta dan orang awam boleh mengikuti tracker pelayaran secara langsung di sini

👉 https://thousandmadleens.fr/tracker/

MyCARE turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan keselamatan semua peserta, agar misi ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya demi membela hak rakyat Palestin di pentas dunia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia