IMPAK: 83 Ibu Bapa Dirai Sebagai Graduan

IMPAK: 60 Ibu Bapa Dirai Sebagai Graduan | IKRAM

KUALA LUMPUR – Kira-kira 83 orang dalam kalangan ibu bapa di kawasan Batu, Titiwangsa dan Setiawangsa di sini telah berjaya menamatkan program Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK).

Mereka diraikan dalam Majlis Graduasi IMPAK 2025 di Dewan Besar Tabung Haji semalam dan dianugerahkan sijil selepas menamatkan lapan modul pembelajaran IMPAK.

Dalam kesibukan bekerja, para ibu bapa ini tetap berusaha meluangkan masa untuk menuntut ilmu mendidik dengan lebih efektif selama tiga hingga lima bulan, demi masa depan anak-anak.

Program IMPAK anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini adalah modul pembelajaran untuk membantu ibu bapa menguasai teknik yang sesuai dalam mengatasi masalah pembelajaran dan sahsiah anak-anak.

Majlis Graduasi IMPAK kali ini dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer yang mengucapkan tahniah kepada para graduan dan memberi motivasi kepada para ibu bapa untuk terus menuntut ilmu tidak mengira usia.

Turut hadir Presiden IKRAM, Hj. Badlishah Sham Baharin; Ketua IKRAM Muda, Khairul Anuar Kamaruddin; Ahli JKP, Mohammad Abdul Hamid; Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM), Hj Ainullotfi Abdul Latif; Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Hj. Zainal Adnan Abdul Halim dan YDP IKRAM Kawasan-Kawasan.

Hadir sama menyerikan majlis Ahli Jawatankuasa Sekretariat IMPAK Pusat yang diketuai oleh Pn. Fariza Said Hassan, serta wakil-wakil pimpinan masyarakat yang terdiri daripada Ketua Blok, Majlis Perwakilan Penduduk, Jawatankuasa Penduduk, barisan Jurulatih IMPAK yang diketuai oleh Pn. Hjh. Faridah Maludin dan barisan Jawatankuasa Pelaksana IMPAK Kuala Lumpur. 

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah sudi menyumbang dan menaja majlis ini, antaranya yaIKRAM dan MAIWP. Semoga modul-modul IMPAK ini berhasil menjadi pemangkin dalam mencorakkan anak-anak agar cemerlang dalam pelajaran serta terbilang dalam pembinaan sahsiah peribadi, insya-Allah.

Lagi foto majlis: IMPAK KL

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia