PMX Pun ke Karnival KAMI di Ipoh: Jom!

SERI KEMBANGAN – Dengan tujuan murni untuk memperkukuh keharmonian, Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 sempena Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) bakal berlangsung pada Sabtu, 13 September ini di Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh.

KAMI 2025 akan disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tambun, dengan misi untuk mengeratkan hubungan pelbagai kaum melalui aktiviti berteraskan kebudayaan, kekeluargaan, kesihatan dan keharmonian untuk semua.

Karnival peringkat nasional ini dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, yang dijangka menghimpunkan lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum dari sekitar Ipoh dan kawasan berhampiran. 

Kemasukan ke karnival ini adalah percuma. Banyak aktiviti menarik bakal memeriahkan pengunjung antaranya Larian Santai Anak Malaysia, senaman aerobik dan taici, pertandingan interaktif untuk kanak-kanak, remaja dan golongan muda, serta reruai budaya yang mempamerkan warisan Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Bahkan, karnival ini turut diserikan dengan khidmat pemeriksaan kesihatan, derma darah serta demonstrasi CPR, Mini Petting Zoo dan zon khas anak muda Gen Z dengan e-sports, VR dan cosplay, serta persembahan pentas, pertandingan nyanyian patriotik dan cabutan bertuah.

Sejak 2022, Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) anjuran IKRAM mendapat sokongan penuh Kementerian Perpaduan Negara. Diadakan tahun lalu di Johor, KAMI tahun ini menyaksikan negeri Perak dipilih sebagai lokasi pilihan untuk diadakan di sana.

Pelaksanaan karnival sempena SBK 2025 ini membuktikan komitmen berterusan IKRAM dengan sokongan kerajaan dalam memupuk semangat cintakan negara dan merapatkan hubungan masyarakat majmuk Malaysia.

Perasmian Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 di Ipoh akan turut dihadiri oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang dan Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin.

Ayuh kita kunjungi karnival KAMI 2025, ajaklah keluarga dan rakan-rakan sekali. Jom ke sana!

Ingin mengetahui maklumat lanjut acara menarik KAMI 2025 di Ipoh?

Layari http://karnival-kami.com/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia