PAKSI HQ Kukuhkan Ukhuwah, Tingkatkan Semangat Kerja

SERI KEMBANGAN – Perhimpunan Akrab Staf IKRAM HQ (PAKSI HQ) telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), menghimpunkan seluruh warga kerjanya pada Isnin, 16 Jun lalu.

PAKSI HQ yang julung kali diadakan bertujuan untuk mempererat ukhuwah, menyemarakkan semangat kerja serta memperkukuh budaya kerja berpasukan.

Program yang diinspirasikan oleh Setiausaha Agung IKRAM, Mohd Hafiz Abd Hamid ini bukan sekadar sebuah himpunan biasa, malah dijadikan platform strategik untuk menyuntik inspirasi, menyuburkan nilai kekitaan dan membina jati diri organisasi.

 

Bermula Julai 2025, PAKSI HQ dirancang akan dijadikan acara bulanan tetap pada setiap minggu pertama, khusus untuk semua staf IKRAM HQ.

Dalam ucapan alu-aluannya, Mohd Hafiz menegaskan bahawa PAKSI HQ adalah ruang penting untuk menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan staf.

Beliau juga menekankan pembudayaan prinsip 4S (Syukur, Salam, Selawat dan Solat Berjemaah) sebagai nilai murni yang digalakkan untuk kakitangan amalkan setiap hari.

Pelbagai tugas fizikal diberikan sama ada secara individu atau berkumpulan bagi memeriahkan program dan menggalakkan komunikasi sesama staf.

Majlis juga diserikan dengan sesi Outstanding Achievement, yang mengiktiraf beberapa pencapaian terbaik staf dan jabatan bagi bulan Mei.

Selain itu, turut diadakan perkongsian kejayaan pemasaran buku Asas Islam Rahmah (AISAR) oleh Jabatan Pendidikan Masyarakat (JPM) serta pelancaran rasmi Kejohanan Sukan BAKIM (SUKABA).

Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin, menzahirkan kegembiraannya dapat bertemu secara langsung dengan seluruh warga kerja IKRAM.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa misi IKRAM tidak terhenti pada urusan pentadbiran semata-mata, tetapi adalah sebahagian daripada pengurusan perjuangan umat. Penghujungnya, majlis turut diserikan dengan meraikan hari jadi beberapa staf pada bulan Jun.

Dengan semangat yang telah dicetuskan, PAKSI HQ diharap akan menjadi medan subur dalam membentuk budaya kerja yang bukan sahaja cekap dan profesional, tetapi juga berteraskan nilai ukhuwah, kebersamaan dan iltizam dakwah yang tinggi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen IKRAM untuk terus menjadi organisasi yang berjiwa besar dan berperanan sebagai pemacu perubahan masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia