Pemakluman Ahli JKP IKRAM Baharu, Ustaz Nu’man Hani

Pemakluman Ahli JKP IKRAM Baharu, Ustaz Nu'man Hani

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan ini memaklumkan pelantikan Ustaz Nu’man Hani bin Jamal sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM yang baharu dengan portfolio Pendidikan Masyarakat, berkuat kuasa serta-merta.

Ini adalah lantikan rasmi oleh Presiden, selaras dengan peruntukan Perlembagaan IKRAM, bagi menggantikan Ahli JKP Pendidikan Masyarakat sebelum ini, Mohd Hafiz Abd. Hamid yang kini bertugas sebagai Setiausaha Agung yang baharu.

Ustaz Nu’man Hani merupakan seorang seorang tokoh agamawan muda, pendakwah bertauliah dan penggiat sosial yang aktif dalam bidang pendidikan, keusahawanan sosial serta penyiaran Islam di Malaysia.

Selain hafiz al-Quran, beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Usul Fiqh dari Universiti Yarmouk, Jordan pada 2015, dan turut menjadi penceramah bertauliah di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sejak 2022, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah UNITI Waqi Sdn Bhd, yang mengetuai projek keusahawanan sosial berteraskan wakaf, zakat dan instrumen kewangan Islam di Malaysia dan ASEAN. Beliau juga adalah seorang Pengarah dan Pensyarah di Kolej Uniti, serta pernah menjadi pegawai keusahawanan serta warden pelajar.

Kini beliau aktif sebagai ahli panel dan penceramah jemputan di TV Alhijrah, RTM dan media-media utama. Beliau turut menjadi hos atau ahli panel Forum Perdana RTM, selain terlibat dalam rancangan Lisanul Haq dan Takbir Raya Aidilfitri di TV1.

Oleh itu, Ustaz Nu’man Hani seorang yang seimbang antara pemikiran syariah, pengurusan dan komunikasi massa. Dengan semua kemahiran dan pengalaman ini, menjadikan beliau antara agamawan profesional yang berdakwah secara strategik di peringkat nasional.

Semoga pelantikan Ustaz Nu’man Hani sebagai Ahli JKP dapat memastikan kesinambungan usaha-usaha IKRAM dalam mendidik masyarakat, bagi merealisasikan visi dan misi IKRAM dalam menjayakan agenda Malaysia Negara Rahmah.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
22 Jun 2025 (25 Zulhijah 1446 H)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia