Perginya Dr. Hatta Shaharom, Tokoh IKRAM yang Disegani

Perginya Dr. Hatta Shaharom, Tokoh IKRAM yang Disegani

GOMBAK – Tokoh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang disegani, Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, 72, telah disahkan meninggal dunia pada Khamis, 19 Jun 2025 jam 2.20 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur.

Almarhum Dr. Hatta, yang juga Presiden Penaja IKRAM, mula ditidurkan sejak dua minggu lalu kerana berdepan dengan jangkitan kuman yang kuat, yang menyebabkan beliau terpaksa bergantung kepada oksigen, dengan tahap kesedaran yang tidak menentu.

Oleh itu, sesi rawatan kemoterapi untuk kanser limfoma yang beliau alami terpaksa ditunda sehingga keadaannya lebih stabil.

Berita pemergian mantan Timbalan Presiden IKRAM ini benar-benar membuatkan seluruh ahli keluarga, rakan, JKP dan ahli-ahli IKRAM berasa amat berduka, bahkan ramai yang memenuhi Surau al-Ikhwan, Taman Samudera sekitar waktu Maghrib semalam untuk menziarahi dan melihat jenazah beliau buat kali terakhir.

Selepas solat Maghrib, pihak surau telah mengadakan doa selamat dan kemudian memaklumkan kepada lebih 500 orang yang memenuhi surau itu, bahawa solat jenazah untuk Almarhum dilaksanakan selepas solat Isyak.

Selepas selesai solat jenazah, orang ramai berpusu-pusu mengiringi jenazah yang dimasukkan ke van jenazah surau, yang telah bersiap sedia untuk menghantarnya ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.

Anak Almarhum, Dr. Muhammad Munawar, yang berucap mewakili seluruh keluarga, amat menghargai kerjasama daripada pihak surau dan tanah perkuburan sehingga urusan solat jenazah dan pengebumian berjalan lancar. 

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua DPN IKRAM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ratusan orang yang menziarahi dan mengiringi jenazah, seterusnya menyeru agar bersama-sama berdoa supaya Almarhum diampuni dan dikurniakan syurga, insya-Allah.

Selain Presiden IKRAM, Hj. Badlishah Sham Baharin yang hadir, turut kelihatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Senator Datuk Wira Dr. Hatta Ramli.

Almarhum Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom adalah bekas Profesor dan Ketua Jabatan Psikiatri serta ahli Senat UKM, kemudiannya menjadi Naib Presiden Kanan (Akademik) dan Dekan Fakulti Perubatan CUCMS yang kini dinamakan Universiti Cyberjaya. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sebagai Profesor Senior di Universiti Islam Malaysia (UIM).

Dari sudut penulisan, beliau dilaporkan telah menulis lebih 25 buah buku serta kertas saintifik mengenai psikiatri, perubatan Islam, pengembaraan kemanusiaan, komentari sosiopolitik dan puisi.

Almarhum merupakan Ahli DPN IKRAM sejak 2010, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah pertama bagi Yayasan Ikram Malaysia dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2018 hingga 2020.

Almarhum pernah menjadi Presiden Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), serta mengetuai misi bantuan bencana MERCY Malaysia di Afghanistan dan Iran.

Beliau juga pernah menjadi ahli Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan, Majlis Profesor Negara Malaysia, ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semoga segala sumbangan bermanfaat Almarhum dalam dunia akademik, psikiatri, dakwah, kesukarelawanan, kemanusiaan, kesusasteraan, integriti dan banyak lagi, sama ada di Malaysia dan juga antarabangsa, memperoleh ganjaran pahala dan menjadi asbab untuknya ke syurga, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia