Jaulah JK Pembangunan Negeri & Pusat ke IKRAM Perak

Sudut Pandang

IPOH – Hari ini IKRAM Perak menerima kunjungan istimewa pusat dalam rangka Jaulah Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan Kawasan, yang menjadi satu medan untuk menyentuh hati, menyerah semangat dan menyambung ukhuwah.

Jaulah kali ini diketuai oleh Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff, diiringi Setiausaha Agung Mohd Hafiz Abd Hamid, Pengerusi JKTMI Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib dan Ketua Jabatan Pembangunan Ahli dan Tanzim Hj Azamuddin Maarof dan Wakil Pejabat Presiden Ustaz Abd Haris Bain.

Pertemuan berlangsung dengan mesra dan bermakna bersama barisan YDP Negeri, YDP Kawasan, Setiausaha dan pimpinan kawasan dalam menyemak langkah dan menyusun hala tuju.

Antara butiran penting yang menjadi nadi perbincangan ialah perkembangan tarbiah dan tas’ied di peringkat kawasan, pelaksanaan dan operasi MDAU yang bukan sekadar struktur, tetapi roh gerak kerja.

Turut dibincangkan mengenai penambahbaikan proses tas’ied dan pelaksanaan wasail tarbiah — agar tiap amal punya ‘nyawa’ dan perkongsian Lokaliti Tumpu oleh wakil Isyak Alam — inspirasi dari bawah untuk lonjakan bersama.

Pertemuan ini diharapkan adanya penyatuan dua jiwa yang penting dalam gerakan kita, iaitu daripada ‘Hamasatusy Syabab’ – semangat anak muda yang menyala dan ‘Hikmatusy Syuyukh’ – kebijaksanaan orang lama yang menenangkan.

Majlis diakhiri dengan taujihat penuh makna oleh Timbalan Presiden yang mengingatkan kita bahawa setiap langkah dalam amal ini mesti datang daripada jiwa, bukan sekadar jadual.

“Jangan sekadar ada dalam struktur, tapi hadirkan diri dalam semangat dan roh amal,”tegas beliau.

Diharapkan agar IKRAM Perak akan terus melakar amal yang bersusun, berjiwa dan berkesan insya-Allah.

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia