Salam Challenge Dijuarai Siswa Kolej Islam As-Sofa

Salam Challenge Dijuarai Siswa Kolej Islam As-Sofa | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertandingan video TikTok, Salam Challenge anjuran Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM telah dijuarai oleh pemilik akaun mat_pinang1 yang mewakili sekumpulan lima orang mahasiswa Kolej Islam As-Sofa.

Kumpulan itu yang hadir bersama pensyarah pembimbing, Pn Fatin Fatinah Manap, telah menerima hadiah utama berupa sebuah iPad dalam satu majlis penyampaian di Ibu Pejabat IKRAM pada Rabu, 14 Mei lalu.

Hadiah itu disampaikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Sdr Mohd Hafiz Abd Hamid (kini Setiausaha Agung) kepada mahasiswa Kolej Islam As-Sofa yang turut diraikan bersama dengan jamuan.

Turut meraikan bersama dalam majlis ini Ketua Jabatan Pendidikan Masyarakat, Dr Mohd Faridz Ismail dan para pegawai jabatan yang lain.

Salam Challenge telah dilancarkan pada 17 Februari hingga 23 Mac 2025, bertujuan untuk memperluaskan lagi capaian mesej menggalakkan aktiviti amalan memberi salam dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa.

Pada 26 April 2025, Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM telah mengumumkan pemenang-pemenang pertandingan video TikTok Salam Challenge melalui siaran video di YouTube

Seramai 39 peserta telah menyertai pertandingan ini. Pemenang utama Salam Challenge telah dihadiahkan sebuah iPad, manakala 10 orang peserta bertuah lain diberikan hadiah sebanyak RM200 seorang dalam bentuk e-wallet.

Syabas dan tahniah kepada mahasiswa Kolej Islam As-Sofa (akaun mat_pinang1) yang menjuarai Salam Challenge ini. Jabatan Pendidikan Masyarakat berharap agar ada lagi hubungan kerjasama antara IKRAM dan Kolej Islam As-Sofa pada masa akan datang, insya-Allah.

Pertandingan Salam Challenge ini adalah rentetan daripada video pendek bertajuk Papa Pipi Salam yang dihasilkan dengan naratif untuk menggalakkan amalan memberi salam dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, dengan capaian hampir 372,900 tontonan.

Video itu telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM dengan kerjasama syarikat animasi terkenal, Monsta Studio.

Syarikat ini telah menghasilkan kartun animasi BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi Zola yang memang telah dikenali oleh kanak-kanak dan ibu bapa di Malaysia, yang anggarkan memiliki  followers seramai 3.4 juta orang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia