Penjara Kajang Terima Sumbangan Kurma dan al-Quran

KAJANG – Yayasan Ikram Malaysia telah mengagihkan sumbangan sebanyak 1,000 kg kurma ke beberapa institusi penjara di sekitar Lembah Klang sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan pada bulan Ramadan 1446 H ini. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Ts. Dr. Zaharuddin Saidon, Program Penyerahan Tajaan 1,000 kg Kurma, al-Quran dan Iqra’ ini bertujuan untuk bersama komuniti banduan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah. 

Tambah beliau, program ini telah dilaksanakan setiap tahun untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Majlis serahan kurma, al-Quran dan Iqra’ telah dilakukan oleh Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia, Hj Ainullotfi Abdul Latif dan disaksikan oleh Penaung PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri, Datin Seri Datuk Norhayati Musa yang diadakan di Pejabat Penjara Kajang pada Selasa.

Ts. Dr. Zaharuddin menegaskan bahawa masyarakat melalui pertubuhan bukan untung seperti Yayasan Ikram Malaysia perlu terlibat dan membantu proses rehabilitasi komuniti dalam institusi penjara melalui pelbagai program yang boleh dijalankan bersama.

Komitmen Yayasan Ikram Malaysia terhadap kebajikan sosial tidak terhad kepada program penyerahan kurma semata-mata pada bulan Ramadan ini.

Sepanjang bulan Ramadan, organisasi ini turut melaksanakan pelbagai aktiviti seperti majlis iftar dan sahur, pengagihan pek makanan serta penyediaan pakaian baharu bagi sambutan Aidilfitri (baju raya) di seluruh negara.

Selain itu, Yayasan Ikram Malaysia juga aktif dalam memberi bantuan kepada mangsa bencana alam termasuk banjir seperti di Pantai Timur dan Sarawak baru-baru ini.

Program penyerahan kurma ke Penjara Kajang mencerminkan dedikasi Yayasan Ikram Malaysia dalam menyantuni masyarakat serta menyebarkan kasih sayang dan kepedulian sepanjang bulan Ramadan.

Organisasi ini terus berusaha dalam menjalankan misinya untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif kebajikan.

Ingin bersama menaja kurma?

Klik link dengan segera:

https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/Kurma6

https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/Kurma6

Atau bayaran terus ke akaun 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Maybank: 𝟓𝟔𝟐𝟏 𝟒𝟐𝟒𝟎 𝟒𝟒𝟎𝟐 

Rujukan: 𝐊𝐮𝐫𝐦𝐚

Mari bantu menceriakan 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 baik menyambut Ramadan dan sebarkan peluang ini kepada keluarga, rakan dan jiran anda!

Untuk maklumat lanjut, layari www.yayasanikram.org.my.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia