Sambutan Bulan Kebangsaan: Bola Sepak Perpaduan Madani

Perlawanan Bola Sepak Perpaduan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) telah berlangsung di Padang MBSJ Puchong Permai bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan pada 22 September lalu.

Seawal jam 7.30 pagi, para peserta dan penonton telah mula mengisi Padang MBSJ Puchong Permai. Program dimulakan dengan aluan pengacara majlis, bacaan doa dan senamrobik. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Acara lain yang turut diadakan ialah Sepak Penalti Remaja dan Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna dan Kuiz Merdeka.

Objektif perlawanan bola sepak ini adalah untuk untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum melalui sukan dalam bentuk perlawanan persahabatan antara kawasan kejiranan dan NGO yang terlibat. Uniknya perlawanan bola sepak perpaduan ini, penyertaan kumpulan haruslah melibatkan pelbagai bangsa dan peserta perlu menyarung kain pelikat ketika perlawanan berlangsung.

Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat diminati oleh rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda. Di samping dapat menyihatkan tubuh badan, aktiviti sukan bola sepak juga merupakan medium yang strategik untuk mendekati anak muda serta dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti. Diharap acara yang menyatukan pelbagai kaum ini dapat menjadi “ejen” bagi penyatuan rakyat serta membangkitkan semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Program ini dirasmikan oleh Encik Muhammad Fauzan bin Rosli, Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 12, Majlis Bandaraya Subang Jaya. Program ini juga merupakan kerjasama bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 12 Majlis Bandaraya Subang Jaya dan dijayakan oleh Pasukan Bola Sepak Petaling United Republic, Pasukan Bola Sepak AMK Puchong & Pasukan Pilihan IKRAM Subang Jaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia