IKRAM Kutuk Serangan Ganas di Moscow

IKRAM Kutuk Serangan Ganas di Moscow

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow pada Jumaat, 22 Mac 2024, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 60 maut dan lebih 145 mangsa cedera.

IKRAM menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

Islam amat menitikberatkan dan memupuk kasih sayang sesama manusia dan melarang sebarang bentuk kekerasan, keganasan dan penindasan yang jelas menyimpang daripada ajaran Tuhan.

“..bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya…” (Al-Maaidah 5:32)

Oleh itu, IKRAM berharap individu-individu atau kumpulan bertanggungjawab bagi keganasan ini dibawa ke muka pengadilan.

Keganasan terhadap mana-mana agama dan mereka yang tidak berdosa mesti ditentang, dan kehidupan yang aman harmoni perlu dikekalkan.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

[English Version]

IKRAM Condemns Brutal Attack in Moscow

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) condemns the brutal attack on the Crocus City Hall in Moscow on Friday, March 22, 2024, which resulted in at least 60 deaths and over 145 injured.

IKRAM expresses sympathy and extends condolences to the Government of the Russian Federation as well as the families of the victims affected by the attack.

Islam emphasizes and fosters compassion among human beings and prohibits any form of violence, aggression, and oppression that clearly deviates from the teachings of God.

“..whoever takes a life—unless as a punishment for murder or mischief in the land—it will be as if they killed all of humanity; and whoever saves a life, it will be as if they saved all of humanity…” (Al-Maaidah 5:32)

Therefore, IKRAM hopes that individuals or groups responsible for this violence will be brought to justice.

Violence against any religion and innocent individuals must be opposed, and peaceful and harmonious lives need to be maintained.

Haji Badlishah Sham Baharin
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia