Ketahui 5 Amalan Elak Kerugian Ketika Berpuasa

Ketahui 5 Amalan Elak Kerugian Ketika Berpuasa | IKRAM

Tibanya bulan Ramadan, umat Islam diperintahkan untuk berpuasa selama sebulan bagi menahan diri daripada makan dan minum. Walau bagaimanapun, berpuasa juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga terdapat kewajipan lain iaitu mengawal lisan daripada bercakap sesuatu yang tidak ada faedahnya.

Pada bulan mulia ini, bukan lagi suatu perkara yang mustahil apabila kita kerap kali menyaksikan sesetengah manusia suka berbalah sesama sendiri berbanding mengelak daripada bercakap yang tidak ada kepentingannya.

Media sosial sering kali menjadi tempat perdebatan bagi menghamburkan kemarahan yang terpendam.

Ramai dalam kalangan kita yang tanpa sedar melakukan sesuatu yang menjadikan puasanya sia-sia. Dia tidak mendapat pahala melainkan hanya lapar dan dahaga. 

Hal ini kerana lisannya banyak mengeji dan mencaci manusia atau lebih banyak berbual kosong berbanding memenuhkan aktivitinya dengan amal ibadah. 

Ketahuilah bahawa orang seperti ini disebutkan bahawa Allah sebenarnya tidak menghiraukan penat lelahnya ketika berpuasa. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak memerlukan rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (Sahih al-Bukhari no. 1903)

Ramadan merupakan bulan tarbiah yang mendidik kita menjadi hamba yang bertakwa. Ia mengajar kita untuk bersyukur dan bersabar ketika diserang oleh kata-kata jelik daripada orang yang suka mencela.

Oleh sebab itu, apabila seseorang diajak berkelahi dalam keadaan dia sedang berpuasa, usahlah pula memasang hajat untuk menyertainya. Tetapi, ucapkanlah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda, Nabi SAW bersabda:

“Apabila kamu dihina orang ataupun diserang, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’” (Sahīh Muslim no.1151)

Selain adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan sesetengah individu sedemikian, terdapat beberapa perkara yang membantu kita agar tidak terjerumus dalam hal-hal yang boleh merugikan ketika berpuasa.

1. Sibukkan diri dengan amal ibadah

Antaranya seperti membaca al-Quran, berzikir berdoa, beristighfar, beriktikaf, mengadakan usrah, menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat tarawih. Semua ini mendorong kita sibuk beribadah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Apabila sibuk beribadah, kita tidak akan disibukkan dengan hal-hal yang melalaikan.

2. Jauhi lingkungan yang tidak sihat

Elakkan duduk dalam lingkungan yang tidak sihat jika ia sampai mengganggu ibadah puasa seperti mengajak kita berbuat kemungkaran dan sebagainya.

Hal ini kerana pahala kita boleh lenyap begitu saja sekiranya lisan dan perbuatan dibentuk oleh persekitaran yang tidak sihat.

3. Baca buku-buku yang bermanfaat

Bacalah buku-buku yang bermanfaat. Sekurang-kurangnya tabiat ini menjauhkan kita daripada berbicara yang tidak sepatutnya. Membaca memberi kita ilmu pengetahuan bahkan ia termasuk dalam perkara-perkara kebaikan yang memberi kita kefahaman.

4. Sentiasa muhasabah diri

Muhasabah kembali bahawa tujuan berpuasa adalah supaya Allah SWT  menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Seharusnya kita memperbanyak permohonan ampun, bukan menambah dosa-dosa dalam kehidupan. Bimbangkl pula apabila perginya bulan Ramadan ini tetapi kita langsung tidak mendapat keampunan-Nya.

5. Membantu orang yang dalam kesusahan

Salah satu amalan yang membantu kita menyibukkan diri pada perkara-perkara akhirat juga adalah dengan cara membantu orang lain seperti bersedekah. Contohilah Nabi Muhammad SAW yang ketika tiba bulan Ramadan, Baginda adalah insan yang paling banyak bersedekah.

Ibnu Abbas radiallahuanhuma berkata:

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Sahih Al-Bukhari no.6)

Bulan Ramadan ialah bulan pengampunan. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang dikurniakan Allah SWT buat semua hamba-Nya.

Betapa istimewanya bulan Ramadan kerana umat Islam yang beribadah sepanjang waktu itu dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. 

Justeru, usahlah membiarkan pahala kita habis ataupun berkurang kerana tindakan yang gelojoh inginkan perhatian manusia, bukan perhatian Tuhan.

Alangkah rugi apabila kita tidak mengejar kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan ini!

Syuhara Suriati

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia