Doktor Kembali Mogok di England, Tuntut Gaji Naik

Doktor Kembali Mogok di England, Tuntut Gaji Naik | IKRAM

Buat pertama kali, pakar perunding dan doktor muda bergabung bersama dalam pelancaran mogok yang telah bermula sejak 19 September lepas dan dijangka berlarutan sehingga hari ini. 

Kedua-dua pakar perunding dan doktor muda Persatuan Perubatan British (BMA) akan sekali lagi bergabung dan melancarkan mogok pada 2 hingga 4 Oktober. Semasa mogok dilancarkan, perkhidmatan perubatan  dihadkan untuk rawatan kecemasan dan perlindungan asas di wad-wad hospital. 

Beribu-ribu pakar perunding Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) dan doktor muda BMA telah melancarkan beberapa siri mogok sebelum ini di seluruh England yang telah bermula sejak Disember tahun lepas, menyebabkan negara itu berdepan dengan satu lagi gelombang tindakan industri.

Pengerusi bersama jawatankuasa doktor muda BMA, Dr Rob Laurenson dan Dr Vivek Trivedi berkata, “Kami menghantar satu mesej dengan lantang dan jelas kepada kerajaan bahwa kami tidak akan pergi ke mana-mana.”

“Kami bersedia untuk meneruskan tindakan perindustrian kami apabila keadaan memaksa dan ini tidak perlu dilakukan. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang tindakan lanjut dengan membuat tawaran yang menyakinkan.” 

BMA yang mewakili hampir 200,000 doktor di Britain berkata, kumpulan perubatan menyaksikan pemotongan gaji 26 peratus dalam tempoh 15 tahun yang lalu, dan ini tidak seimbang dengan kadar inflasi yang naik secara mendadak.

Pada Julai lalu, golongan doktor muda telah dianugerahkan kenaikan gaji sebanyak 6 peratus dan penambahan sebanyak 1,250 paun tetapi kesatuan itu mendakwa doktor masih menghadapi pemotongan gaji dalam keadaan semasa.

Hasil tinjauan BMA terhadap 3,819 doktor muda pada November dan Disember tahun lalu mendedahkan, empat daripada 10 doktor muda (40 peratus) merancang untuk meninggalkan NHS sejurus selepas memperolehi kerja lain.

Gaji yang rendah dan tekanan kerja adalah faktor utama yang menyebabkan doktor muda ingin keluar.

Menurut BMA, doktor muda telah menghadapi pemotongan gaji yang paling teruk daripada mana-mana pekerja sektor awam dalam tempoh 15 tahun yang lalu sehingga gaji mereka jatuh lebih daripada satu perempat daripada gaji tahun 2008/09.

Doktor muda membentuk kira-kira 45 peratus daripada tenaga kerja perubatan NHS dan dua pertiga daripada mereka adalah ahli BMA.

Setakat ini, lebih 940,000 pelantikan dan rawatan terpaksa ditangguhkan kerana tindakan mogok oleh kakitangan NHS sejak Disember.

Selain doktor dan pakar perunding, kakitangan perubatan lain seperti jururawat, pekerja ambulans, fisio dan radiografi, semuanya turut mengambil bahagian dalam mogok.

Perkhidmatan kesihatan tergelanda dan janji temu ditunda sehingga menjejaskan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan awam.

Pengarah perubatan NHS England, Prof Sir Stephen Powis berkata, “NHS tidak pernah melihat tindakan industri seperti ini dalam sejarahnya dan menyebabkan kemudaratan yang sangat besar.”

Dalam pada itu, Setiausaha Kesihatan, Steve Barclay menyifatkan tindakan mogok ini mengecewakan kerana pesakit terpaksa menanggung risiko, menyebabkan senarai menunggu pemeriksaan bertambah panjang dan membebankan seluruh tenaga kerja.

Data menunjukkan tunggakan hospital telah melebihi 7.5 juta buat kali pertama, bermakna hampir satu daripada tujuh orang berada dalam senarai menunggu hospital.

“Pintu saya sentiasa terbuka untuk membincangkan bagaimana kita boleh bekerjasama dengan kakitangan NHS untuk meningkatkan kehidupan kerja mereka, tetapi anugerah gaji ini adalah muktamad, jadi saya menggesa BMA untuk menghentikan mogok,” ujar Steve Barclay.

Seperti negara-negara lain di Eropah, United Kingdom telah menghadapi beberapa siri mogok sebelum ini daripada kalangan guru, pemandu kereta api dan jururawat. Mereka telah mendesak untuk mendapatkan gaji yang seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Beberapa bulan lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan gaji untuk berjuta-juta pekerja sektor awam, termasuk sektor perguruan yang menamatkan mogok mereka apabila kerajaan menawarkan kenaikan gaji sebanyak 6.5 peratus. 

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Foto: Bloomberg

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia