MAP, UIAM Anjur Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual

MAP, UIAM Anjur Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual | IKRAM

KUANTAN – Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual dan Reproduksi anjuran Malaysians Against Pornography (MAP) pada Sabtu, 13 Mei yang lalu telah dihadiri oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, di sini. 

Program kali ini dijayakan bersama 20 orang pelajar daripada Persatuan Pelajar Farmasi (IPha), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM.

UIAM merupakan rakan strategik MAP dalam program ini, yang telah membantu menyebarluaskan program-program kesedaran berkenaan pendidikan seksual dan reproduktif.

Kempen kesedaran ini bukan sahaja kepada para pelajar dan staf mereka, tetapi juga kepada masyarakat umum menggunakan modul-modul MAP.

Program-program kesedaran yang dianjurkan merupakan inisiatif bagi memperkasakan pelindung diri anak-anak selain memperkasakan peranan ibu bapa dan masyarakat secara umum dengan ilmu kesihatan seksual dan reproduksi anak-anak.

Ini kerana ibu bapa memainkan peranan utama yang sangat penting dalam mendidik anak-anak berkenaan isu kesihatan reproduksi.

Program kesedaran kali ini merupakan inisiatif MAP Pahang yang diketuai Dr Bisha Fatimah Uzir bersama Fakulti Farmasi UIAM.

Semoga ilmu yang diperolehi oleh para pelajar dalam program tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan berkesan dalam menangani bahaya yang dibawa oleh pornografi kepada masyarakat. 

Malaysians Against Pornography (MAP) adalah sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif.

Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi, dengan visi Masyarakat Malaysia Bebas Ancaman Pornografi.

Antara misi MAP ialah mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tentang bahaya pornografi melalui pendekatan yang rahmah.

Info lanjut MAP boleh dilayari Facebook dan laman web MAP.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia