i-Sayang KWSP Benar Suami Carum 2% Untuk Isteri

i-Sayang KWSP Benar Suami Carum 2% Untuk Isteri | IKRAM

SHAH ALAM – Inisiatif i-Sayang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dilancarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada Rabu.

Majlis itu turut dihadiri Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Inisiatif i-Sayang oleh KWSP dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membolehkan suami untuk memindahkan dua peratus daripada caruman mereka ke dalam akaun isteri.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan tersebut adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia Madani berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Kemudahan i-Sayang ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal, untuk menabung demi masa depan persaraan mereka.”

“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, ia memberikan peluang kepada isteri mereka untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang, di samping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana dinikmati oleh ahli KWSP,” katanya.

Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP, atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia