Majoriti Pelajar Tidak Setuju Sekolah Mula 8 Pagi

Majoriti Pelajar Tidak Setuju Sekolah Mula 8 Pagi | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Majoriti pelajar 55 buah sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH di seluruh negara tidak bersetuju dengan cadangan waktu persekolahan bermula 8 pagi.  

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Prof Dr Omar Yaakob berkata, tinjauan awal oleh warga Pendidikan IKRAM MUSLEH itu melibatkan lebih 19,000 pelajar.

Beliau menyatakan kesangsiannya dengan laporan media bahawa majoriti sokong waktu persekolahan bermula 8 pagi.

Kesimpulan itu dibuat merujuk kepada satu undian Twitter yang mana sebanyak 57.2 peratus bersetuju dengan cadangan melanjutkan sesi berkenaan manakala 42.8 peratus lagi tidak bersetuju.

“Segmen pengguna Twitter biasanya terdiri daripada golongan  professional yang tidak mewakili sebahagian besar ibu bapa.”

“Saiz sampel juga terlalu kecil. Hanya  278 pengguna Twitter yang menyertai undian berkenaan, terlalu kecil untuk digunakan sebagai dapatan yang boleh dijadikan tajuk berita,” kata beliau.

Tegas Prof Omar yang juga anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), perubahan jadual waktu persekolahan merupakan sesuatu  yang besar walaupun 30 minit, dan ia memerlukan kajian yang lebih saintifik dan profesional. 

“Bagi kebanyakan ibu bapa, permulaan persekolahan pada 7.30 pagi kini tidak menimbulkan masalah besar,” ujarnya.

Sebelumnya, pakar pendidikan daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad menyifatkan cadangan persekolahan bermula 8 pagi selaras dengan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.

Walau bagaimanapun, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, cadangan tersebut bukanlah perkara utama yang menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan (KPM), sebaliknya banyak lagi isu lain berkaitan sektor pendidikan perlu diberikan perhatian.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia