SERI KEMBANGAN – Saudara Jusni Yusoff telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) baharu dalam persidangan keempat Dewan Perwakilan Nasional (DPN) sesi 2022-2026 hari ini.
Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden IKRAM menggantikan Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Oktober lalu.
Ustaz Burhanuddin Lukman pula dilantik sebagai Naib Presiden IKRAM baharu menggantikan Jusni.
Dalam pada itu, Hj Azman Abd Rashid dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) baharu lantikan Presiden, menggantikan Dr Wardah Mustafa Din yang meletakkan jawatan sebagai Ahli JKP baru-baru ini.
Semoga gandingan baharu ini akan terus memberikan kekuatan kepada IKRAM untuk melonjakkan aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan bagi menjayakan visi menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah, insya-Allah.