KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara rasminya telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 Malaysia petang ini.
Majlis mengangkat sumpah jawatan itu dijalankan di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini.
Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas baginda memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu yang menghadiri perbincangan khas di Istana Negara pagi tadi.
Dengan pelantikan tersebut, berakhirlah penantian rakyat Malaysia untuk melihat pemimpin baharu bagi memimpin negara ini selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Turut hadir pada majlis mengangkat sumpah ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun serta pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.