Johor Bahru, 10 September 2022 – Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 merupakan program memupuk perpaduan anjuran IKRAM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara. Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 (SBK2022) mula diraikan pada 1 Ogos hingga 16 September 2022 dengan pelbagai acara menarik termasuk Konvoi Amal Perpaduan.
Konvoi Amal Perpaduan Zon Selatan bermula di Kompleks IKRAM Johor. Konvoi ini disertai oleh 39 motorsikal berkuasa tinggi dan 50 penunggang dari MyIKRAM Bikers dan Johor Bikers. Konvoi yang bermula dari Kompleks IKRAM Johor meneruskan perjalanan ke enam persinggahan iaitu Simpang Renggam, Plaza Tol Bukit Gambir, Parit Jawa di Muar, Tanjung Kling di Melaka, Kampung Kepis Johol di Negeri Sembilan dan berakhir di Parit Raja, Batu Bahat pada 11 September 2022. Di setiap persinggahan, konvoi amal perpaduan akan menyerahkan sumbangan kepada golongan B40 yang telah dikenal pasti oleh pihak IKRAM kawasan tersebut, berbentuk barangan dapur dan juga tunai. Sumbangan ditaja bersama oleh IKRAM, MYCARE dan YAYASAN IKRAM.