




8 September, Seremban – Kira-kira 100 orang penonton daripada pelbagai bangsa dan agama telah menyaksikan tayangan ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ di GSC Palm Mall, Seremban.
Kemampuan rakyat Malaysia menghasilkan filem yang hebat, penuh aksi dan debaran berunsurkan patriotisme yang menampilkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) TUDM sempena Hari Kebangsaan ke-65 wajar dipuji.
Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Hj Amirasyid bin Densibali turut hadir bersama ahli keluarga menyaksikan filem ini mengucapkan terima kasih kepada Mr. Jason daripada Malaysian Youth Christianity Association (MYCA) yang menganjurkan program usahasama bersama Persatuan Veteran Paskau dan Angkatan Tentera Udara Malaysia TUDM. Beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada pengarah filem, Zulkarnain Azhar dan Frank See.
Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan kerjasama IKRAM iaitu MYCA, Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dalam penganjuran program tayangan filem ini sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Turut hadir ialah Yang Dipertua IKRAM Kuala Pilah, Hj Mahzan bin Md Amin, Timb. Ketua Wanita, Dr Norhasnida binti Zawawi, JK kawasan dan Media IKRAM Negeri Sembilan.
Semoga rakyat Malaysia terus teguh bersama dan bersatu padu demi keharmonian dan kemakmuran di negara tercinta ini.
Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama
https://www.facebook.com/IKRAMSeremban