Pemimpin Berwibawa Dan Berintegriti Tebus Imej Negara

Pemimpin Berwibawa Dan Berintegriti Tebus Imej Negara | IKRAM

Gendang berbunyi, kompang rancak dipalu memberikan isyarat seolah-olah akan adanya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada waktu terdekat.

Sejauh manakah negara dan rakyat bersedia untuk sekali lagi menyaksikan peralihan pemerintahan setelah kita menyaksikan pertukaran kuasa mentadbir sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini?

Konflik Politik Meresahkan Negara

Namun di saat negara dilanda krisis wabak Covid-19, kegetiran ekonomi, fenomena bencana alam dan masalah sosial yang meruncing, kepimpinan negara juga tidak sunyi dilanda kontroversi ketirisan tadbir urus, pecah amanah dan isu ketidaksatuan. 

Situasi tersebut menampakkan sisi pergolakan yang mencetuskan konflik politik dan menimbulkan kegelisahan masyarakat termasuk menyebabkan kegusaran kepada pelabur-pelabur luar. 

Ini tentunya menjejaskan pemulihan ekonomi negara yang boleh diperhatikan pada impak langsung terhadap ketidakstabilan mata wang tempatan. Kemelut politik turut menghakis kepercayaan masyarakat sivil terhadap institusi kepimpinan.

Tinjauan kajian yang dilakukan oleh Barometer Kepercayaan Edelman 2022 memberi bayangan bahawa majoriti masyarakat Malaysia kurang mempercayai kredibiliti kerajaan pada tahap 62 peratus, menghampiri nilai ukuran neutral, menurun tiga mata berbanding tahun lepas (65 peratus).

Sebaliknya, kajian ini memperlihatkan masyarakat lebih meyakini institusi NGO dengan tahap kepercayaan meningkat satu peratus kepada 70 peratus, manakala perniagaan sebagai ejen yang membawa perubahan positif, naik dua peratus kepada 71 peratus, berbanding tahun lepas.

Pendedahan ini harus dipandang serius kerana data kajian ini menunjukkan kredibiliti institusi kepimpinan dalam kerajaan dipersoal oleh majoriti masyarakat. 

Contoh Pemimpin Berwibawa

Apabila kita membicarakan tentang kepemimpinan yang berkredibiliti, Kouzes dan Posner yang telah berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam kajian kepimpinan mendapati bahawa tokoh pemimpin politik, agensi kerajaan, swasta, CEO ternama  yang berjaya memiliki satu persamaan iaitu peribadi yang berkredibiliti.

Kredibiliti ini terserlah menonjol pada individu yang kata-katanya ditepati dan komitmennya dipenuhi. Ringkasnya, ada sikap benar dan amanah yang menjadi kunci sebagai orang yang dipercayai. 

Seorang sejarawan Barat iaitu Michael H. Hart telah mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh terbilang sepanjang zaman dalam buku terkenalnya, “100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah” dengan memposisikan baginda mengungguli carta teratas.  

Beliau mengulas dalam bukunya, “Pilihan saya terhadap Muhammad untuk mengetuai senarai orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan mungkin dipersoalkan oleh orang lain, tetapi dia adalah satu-satunya orang dalam sejarah yang sangat berjaya di peringkat agama dan sekular.”

“Dari asal-usul yang sederhana, Muhammad mengasaskan dan menyebarkan salah satu agama besar di dunia, dan menjadi pemimpin politik yang sangat berkesan. Hari ini, tiga belas abad selepas kematiannya, pengaruhnya masih kuat dan meluas,”  menurutnya lagi. 

Kepimpinan Rasulullah SAW diakui oleh kawan dan juga lawannya. Sejarah banyak memetik kisah ketokohan baginda yang telah berjaya mengubah masyarakat Arab dari zaman kemunduran dan kegelapan yang bergelut dengan isu penindasan ekonomi, perebutan kuasa, masalah gejala sosial kepada zaman kegemilangan tamadun dan ketinggian peradaban hingga kerajaan baginda menjadi kuat dan disegani oleh kuasa-kuasa kuat pada era itu.

Kepimpinan baginda terus menyerlah apabila melahirkan ramai pemimpin berwibawa di bawah pemerintahannya hingga akhirnya kerajaan Islam berkembang menguasai hampir dua pertiga dunia. 

Seterusnya kedudukan empayar Islam mula melemah apabila mula berlaku kepincangan dalam tampuk kepimpinan dan membarah kepada masyarakat sehingga kuasa dunia beralih tangan kepada kepimpinan Barat.

Begitulah ibrah yang boleh kita ambil daripada kisah silam di mana sejarah pasti akan berulang. Kuncinya, kepimpinan yang baik sangat mempengaruhi dalam mengemudi masyarakat dan seterusnya negara menjadi terkehadapan atau mundur ke belakang.

Perhimpunan Rakyat

Kembali kepada realiti kemelut institusi kepimpinan yang melanda negara,  persoalannya, apakah formula bagi mengatasi konflik kepemimpinan dan mengembalikan semula kepercayan rakyat terhadap integriti kepimpinan?  

Tentunya jika membincangkan pengurusan isu integriti, akan timbul keperluan untuk adanya satu mekanisme yang berupaya bertindak sebagai alat semak dan imbang terhadap kuasa dan pengaruh kepimpinan dalam tadbir urus agar peranan dan tanggungjawab dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan telus. 

Di sini wujudnya kerelevanan untuk mempertimbangkan idea perhimpunan rakyat (citizen assembly) yang telah diamalkan di beberapa negara yang dianggap sebagai pengukuhan terhadap institusi demokrasi yang sedia ada. 

Perhimpunan rakyat merupakan satu badan bukan kerajaan yang terdiri daripada sekumpulan wakil terpilih dalam kalangan masyarakat merentasi umur, gender, etnik untuk membincangkan isu-isu tertentu dan seterusnya memberikan cadangan serta penyelesaian yang diambil secara serius oleh pihak kerajaan atau parlimen.

Amalan demokrasi perundingan ini telah dilaksanakan di negara membangun seperti Ireland, Australia, England dan Amerika Syarikat yang telah terbukti dapat bertindak sebagai mekanisme yang dapat membantu ahli politik menjadi lebih cakna tentang keperluan masyarakat dan menjelaskan lagi usaha untuk mencapai penyelesaian yang bersifat menang-menang.

Kewujudan perhimpunan rakyat dapat menyeimbangkan pengaruh politik dalam penentuan polisi negara. Ini disebabkan ahli dalam perhimpunan rakyat yang dipilih bukan mewakili mana-mana parti politik.

Maka kebebasan ini membuatkan pandangan yang dicapai adalah benar-benar mengambil kira masa depan mereka, keluarga dan orang-orang tersayang tanpa terikat dengan kepentingan parti. Pendekatan sebegini dapat membuka ruang yang lebih luas ke arah amalan politik matang. 

Negara Matang

Negara kita telah merdeka selama 65 tahun dan seharusnya menjadi negara yang matang, yakni matang dalam bertindak balas terhadap konflik secara tertib, beretika dan tenang.

Sejauh mana baik sistem yang direka, tetapi sekiranya dikawal selia oleh orang yang bobrok, pelaksanaannya akan menghadapi kecacatan dan kerencatan dengan kadar kemajuan yang perlahan. 

Ini sesuatu yang sukar dielak tetapi boleh dikawal impak negatif yang dibawa melalui mekanisme semak imbang yang proaktif dan berkesan.

Selagi masyarakat percaya adanya harapan untuk mewujudkan kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa dalam segenap lapisan peringkat, selagi itu negara ini ada harapan untuk terus maju ke hadapan di bawah pemimpin yang berkaliber, pragmatik dan kompeten.  

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rujukan:

  1. 2022 Edelman Trust Barometer Report
  2. The 100 Most Influential

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia