Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat

SERI KEMBANGAN – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt seluruh negara meningkat dari 0.98 pada 17 Januari kepada 1.07 pada 22 Januari lalu.

 

Sementara itu, nilai Rt jangkaan mengikut kes seharian pada Ahad untuk seluruh negara adalah 1.08, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Pada 22 Januari, Negeri Sembilan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.13, diikuti Kuala Lumpur dan Kedah 1.09 serta Melaka dan Johor masing-masing mencatatkan 1.08 dan 1.07.

 

Dalam pada itu, kes Covid-19 negara pada Ahad mencatatkan sedikit penurunan iaitu 3,856 kes berbanding Sabtu dengan 4,116 kes.

 

Sebanyak 492 kes adalah kes import manakala 3,364 kes adalah kes tempatan.

 

Jumlah kluster baharu yang dicatatkan ialah 13 kluster dengan jumlah kluster aktif sebanyak 235 kluster.

 

“Daripada 3,856 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 35 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,821 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” kata Dr Noor Hisham.

 

Dalam perkembangan lain, seramai 10,701,460 individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat malam tadi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia