Bermula maghrib 10 Julai 2021, kita telah pun memasuki bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan di dalamnya.
Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad, daripada Abu Sa’id al-Khudri:
Maksudnya : “Bahawa Nabi SAW bersabda ketika haji wada’ dalam khutbahnya pada hari raya korban, “Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia hari ialah hari kamu ini (arafah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia bulan ialah bulan kamu ini (Zulhijjah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia tempat ialah tempat kamu ini( Makkah).”
[Riwayat Ibnu Majah]
[Riwayat Ibnu Majah]
Marilah kita merebut keberkatan dengan memperbanyakkan amal di bulan Zulhijjah yang mulia ini.
Semoga kita meraih kedudukan yang dekat dan baik di sisi Allah dengan mengambil iktibar daripada Nabi Ibrahim A.S yang digelar Khalilullah (kekasih Allah).