Dalam kunjungan kali ini, rombongan i-Bantu Kota Samarahan mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pesakit di samping menyampaikan sedikit cenderahati berbentuk barangan keperluan harian kepada mereka.
Menurut salah seorang peserta, program seperti ini baik bagi mereka yang ingin mendidik diri untuk menyelami kesusahan orang lain serta memupuk nilai empati dan simpati dalam diri. Beliau juga berharap kunjungan mereka sedikit sebanyak dapat menghiburkan mereka yang sedang melawan penyakit.
Lawatan ke hospital merupakan salah satu aktiviti yang sering diadakan oleh i-Bantu. i-Bantu merupakan institusi yang memayungi usaha-usaha khidmat masyarakat di dalam negara yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia.