Majlis Perwakilan Wanita Negeri IKRAM Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2015, bertempat di Politeknik Nilai. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Ustazah Hanisah, yang merupakan Jawatankuasa Wanita Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia. Bertemakan “Wanita Pemangkin Perubahan Ummah”, Ustazah Hanisah menekankan keperluan setiap aktivis wanita IKRAM memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang secukupnya dalam mendepani masyarakat di luar sana