Slot yang bermanfaat ini dihadiri oleh 40 orang peserta dan disampaikan oleh saudara Mujahid Hasanuddin.
Mujahid Hasanuddin adalah seorang ahli Parlimen Belia Malaysia yang telah memiliki lima syarikat iaitu myaqiqah.com, Yoshventures (www.yoshventures.com), Yosh Agrofarm, The Peak Coffee dan pengedar jus tamek dari Turki. (Produknya sudah memasuki pasaran modern trade; boleh didapati di hyper market seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah)
“Yuran yang terbaik dalam pembelajaran adalah kegagalan!”
Seorang businessman perlu ada satu sifat, iaitu tidak boleh berhenti. Apabila datang apa-apa peluang, he will move on it!
Kerana yang memberikannya kepuasan bukanlah pada keuntungan dan nombor semata-mata, tetapi melihat kepada progress yang meningkat, ini yang memberikan kepuasan sebenar.
Jatuh, adalah satu proses untuk muhasabah. Satu proses untuk kita belajar mengurus.
Cari sesuatu nilai tambah dan competitive advantage yang membuatkan produk kita berbeza dan tercari-cari, supaya dapat bertahan dalam persaingan.
“Above all, memang perlu mencari produk dan segmen, tetapi yang paling penting adalah perlu bermula sekarang!”, tegas saudara Mujahid di akhir kalamnya.
Pada akhir majlis, saudara Budi Kurniawan Imam Rosidi, Pengerusi JK Belia Batu telah menyampaikan cenderamata kepada saudara Mujahid.
Semoga Allah merahmati program ini. InsyaAllah.