Perasmian IRIS 1436 telah disempurnakan oleh Ustaz Burhanuddin selaku Pengerusi JK Ulama’ IKRAM Pusat.
Ceramah Perdana yang bertajuk “Merealisasikan Negara Rahmah” telah disampaikan oleh Dato’ Dr Daud Bakar.
Selepas solat Zuhur, telah berlangsung Forum Perdana “Merealisasikan Ramadhan sebagai Bulan Rahmah” yang telah membariskan ahli-ahli panel terdiri dari Ustaz Zahiruddin Abdul Rahman, Prof Hassan Basri Mat Dahan, dan Ustazah Asmak Husin.
Kuliah Subuh pada hari Ahad telah disampaikan oleh Ustaz Tajul Ariffin Che Zakaria Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat telah disusuli dengan acara penutup dan penangguhan oleh YDPN Selangor, iaitu Ustaz Shamsul Maarif Ismail.