Senai, 22 Jun 2016 – Saudara Ahmad Daniel Sharudin (PSU IKRAM Johor) dan Ustaz Mohd Hairozi Muhammad (Pengerusi JK Pembangunan Umat IKRAM Johor) telah menghadiri mesyuarat anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor di pejabat mereka yang terletak di bandar Senai. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh NGO-NGO Islam yang lain dan agensi kerajaan itu bertujuan bagi membincangkan pelaksanaan Program Pameran Warisan Islam pada 9-12 hb Jun 2016 nanti.