Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memutuskan bahawa Mac 2021 adalah Bulan Kempen Anti Rasuah. Pada bulan ini, pelbagai usaha dan inisiatif akan dilaksanakan dalam usaha memerangi rasuah.
Tindakan ini adalah sebagai sokongan kepada usaha Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub yang telah melancarkan gerakan Rasuah Busters.
Di peringkat IKRAM, usaha ini akan digerakkan oleh Pasukan Petugas Masyarakat Progresif dalam inisiatif Advokasi Nasional.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan Mac 2021. Antaranya adalah webinar Bicara Bina Negara, Wacana berkaitan rasuah, pertandingan filem pendek, pertandingan menulis dan banyak lagi.
Semua peringkat dalam IKRAM termasuk sayap-sayap serta institusi adalah disaran untuk bersama-sama menjayakan usaha ini agar seruannya tersebar luas.
Rasuah adalah satu perbuatan jijik dan akan membawa kepada keruntuhan negara.
Tanda pagar bagi kempen ini adalah:
#KitaTolakRasuah
#RasuahBusters
Moga usaha ini dapat membantu membasmi amalan rasuah di negara kita.
“Putuskan Rantaian Rasuah”
Pejabat Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia