COVID-19 tidak mengenal darjat, marhaen mahupun usia

Kerana pihak sepatutnya yang lambat bertindak, hingga pihak lain ‘sigap’ turun tangan membantu meringankan bebanan pelajar, pun hangat dibicarakan minggu ini.

 

Isu utamanya kerana COVID-19 yang semakin merebak. Institusi pengajian tinggi majoritinya menangguhkan pembukaan belajar secara bersemuka, dan ramailah mahasiswa yang menjadi mangsa.

 

Ada yang sudah sampai di tempat pengajian masing-masing, ada yang dah membayar deposit sewa rumah, ada juga yang sudah membeli tiket penerbangan mereka demi untuk meneruskan sesi pembelajaran bersemuka yang sepatutnya berlangsung Oktober ini.

 

Berikutan itu, sikap Menteri Pengajian Tinggi yang lambat bertindak membuatkan rakyat bersuara.

 

Kenapalah menteri tersebut tidak ambil pengajaran dengan situasi awal PKP pada Mac lalu yang mana mula-mula pelajar IPTA/IPTS disuruh kosongkan kampus hingga keadaan menjadi huru-hara? Hinggakan pelajar IPTA/IPTS bersesak di Terminal Bas Selatan (TBS) berusaha mencari tiket untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

 

Tiba-tiba pihak universiti diminta oleh Menteri Pengajian Tinggi untuk sediakan penempatan kepada pelajar-pelajar dan dibenarkan tinggal dikampus setelah pelajar-pelajar ini bersusah payah seharian dengan arahan yang dikeluar sebelum itu.

 

Namun, kali ini terjadi lagi dalam keadaan yang hampir sama situasinya. Kos yang dikeluarkan menjadi persoalan: Adakah boleh dapat semula atau hangus begitu sahaja?

 

Tindakan segera Ahli Parlimen Muar yang juga mantan Menteri belia dan Sukan sewajarnya dihargai. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggerakkan inisiatif membantu mahasiswa yang terjejas susulan pengumuman saat akhir oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut.

 

Inisiatif yang digerakkan beliau dengan slogan #MUDAjagaMuar itu mendapat sambutan yang sangat baik dan dalam masa tiga jam telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM51,145.92.

 

Dalam pada itu, beliau turut menggesa KPT untuk memberikan pampasan yang berpatutan kepada mahasiswa yang terjejas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar IPT.

 

“Keselamatan mahasiswa harus diutamakan namun ia tidak menghalalkan polisi ‘u-turn demi u-turn’ yang dibuat KPT sehingga menjejaskan kebajikan mahasiswa,” ujarnya menerusi video pendek di Facebooknya.

 

Masyarakat prihatin

 

Siapa pun kita, soal keselamatan perlulah diutamakan. Apalagi dalam situasi pandemik yang melanda bukan sahaja negara ini, malah di seluruh dunia. Tidak dinafikan, masih ramai rakyat di negara kita yang prihatin dengan isu mahasiswa.

 

Tahniah kepada semua yang sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan dengan apa cara sekalipun. Namun dalam beberapa perkara, perlu dilihat aspek keselamatan mahasiswa itu sendiri. Memandangkan mereka dalam tempoh pembelajaran dan sepatutnya berada di kawasan kolej dan bukannya hari cuti.

 

Alangkah baiknya pihak yang ingin membantu memaklumkan bantuan yang ingin diberikan kepada pihak pentadbiran atau pengurusan kolej agar pihak yang sepatutnya mengetahui keberadaan mahasiswa yang mendapatkan bantuan tersebut.

 

Ia perlu bagi mengelakkan pihak kolej menanggung kerugian sekiranya pihak mereka juga telah mempersiapkan kenderaan untuk mahasiswa yang memerlukan itu.

 

Mengikut prosedur dalam hal ini ia sangat patut diamalkan agar tiada pihak yang merasa tergugat dengan tindakan tanpa maklum yang dilakukan.

 

Teruskan kita semua saling prihatin dengan keselamatan dan kebajikan persekitaran dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard yang disarankan bagi menghentikan rantaian pandemik ini.

 

Kerana berjawatan, langgar SOP pun tidak apa

 

“Sangat merisaukan dah cecah tiga angka sekarang. Sepanjang hampir tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula Mac lalu, tak ada angka sebanyak itu. Menakutkan sungguh, apalagi muncul pula ‘kluster me****ri’ semalam,” kata Din kepada Zul.

 

“Eh, ada ke kluster tu? Tapi memang patut ada pun. Awal dulu ada je Kluster Tabligh, kenapa kluster Men..  tu tak ada pula kan. Serius, angka yang menakutkan,” balas Zul dengan tegasnya.

 

Perbualan itu berlaku selepas dua rakan itu membaca laporan berita memaklumkan terdapat seorang menteri yang postif COVID-19.

 

Walhal, menteri itu sudah ke beberpa tempat sebelum ini. Antara tempat yang telah ia pergi ialah:

1. Pondok Pasir Tumbuh

2.YADIM Kelantan

3. Masjid Kayu Jerteh

4. PPZ Wilayah

5. USIM

6. UiTM

7. UKM

8. Darul Quran

9. Majlis Hafazan KAFA Kebangsaan

10. Mesyuarat Kabinet

 

Sebagaimana kata Shookcree Zain melalui status Facebooknya:

“Bayangkan kesusahan yang timbul di semua tempat ini. Berapa ramai yang hadir. Maklumlah, menterilah katakan. Menteri yang popular pulak tu. Aku pun doakan dia cepat sembuh. Semoga penularan wabak COVID-19 dapat dihentikan. Semoga tiada sesiapa pun ditempat yang dia singgah terjangkiti.”

 

Hakikatnya, virus yang melanda ini bukanlah untuk ‘rakyat’ sahaja. Orang berjawatan, ahli agama, orang bandar, orang kampung, tua atau muda, berstatus atau tidak, tetap terkena juga.

 

Jadi, janganlah kita menzalimi orang lain. Apabila kita telah memasuki kawasan yang berwabak dan kembali ke kawasan sendiri, ambillah inisitif wajib melakukan kuarantin.

 

Bertepatan dengan hadis Nabi SAW agar kita menjauhi daripada sebarang bentuk kemudaratan atau memudaratkan orang lain:

 

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

“Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.” (HR Ibnu Majah)

 

Namun kebanyakan ahli politik yang baru pulang daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mengambil sikap pentingkan diri kerana tidak melakukan kuarantin tersebut.

 

Disebabkan itu, sejak awal Oktober ini, peningkatan mendadak positif COVID-19 di negara ini terjadi. Mungkin ada yang lupa dengan ingatan daripada Nabi SAW ini.

 

Baginda telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

 

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (HR Muslim)

 

Jadi siapa pun yang melanggar SOP yang telah ditetapkan, sewajarnya dikenakan tindakan. Janganlah kerana dia seorang yang berjawatan, tindakan dan hukuman diketepikan terhadap mereka.

 

#HerdikanSosial

 

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesihatan dan keselamatan lingkungannya. Teruskan suara-suara kita #HerdikanSosial dengan menyatakan bahawa yang salah itu adalah salah dan yang benar itu adalah benar tanpa mengira siapa pun diri orang yang melakukan itu.

 

Moga dengan #HerdikanSosial yang terus dinyatakan, menjadikan mereka gerun dan takut melakukannya lagi, hingga ternoktahlah perbuatan yang tidak sepatutnya itu. Dan dengan itu, hak kita sebagai rakyat akan terus terjamin dan terpelihara sebaiknya.

 

Sebagaimana tegas Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam program Bicara Bina Negara anjuran Jabatan Kajian dan Advokasi Pertubuhan IKRAM Malaysia yang diadakan pada 30 September lalu, bahawa herdikan sosial itu sangat perlu.

 

Kerana seorang punya hal, habis masyarakat kita berantakan. Menafikan bahawa orang itu salah walaupun telah jelas ia melanggar SOP yang sepatutnya, sewajarnya perkara sedemikian tidak berlaku, namun ia telah pun terjadi.

 

Berhati-hatilah kita. Teruskan usaha menangani virus jahat yang melanda ini. Ayuh rakyat Malaysia teruskan suara kita.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia