Keputusan tepat tidak diteruskan PPSMI

Selain itu, beliau menegaskan langkah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular akan diteruskan dengan syarat dipersetujui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan murid.

 

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berkata, DBP menyambut baik pendirian tidak meneruskan PPSMI dan menyifatkan ia merupakan keputusan yang tepat.

 

“Di sebalik perbelanjaan besar yang melebihi RM5 bilion, pencapaian PPSMI hanya sekitar tiga peratus dan menyebabkan kemerosotan yang nyata bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

 

Selain itu, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa lebih 70 peratus pelajar dan guru tidak menganggap PPSMI sebagai program yang tepat bagi hasrat peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

“Kesan buruk PPSMI terlihat juga dalam kemerosotan minat pelajar untuk memilih aliran sains sehingga terdapat kira-kira 25 peratus sahaja jumlahnya dan masalah itu menimbulkan kesan kepada jumlah pelajar sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT) yang juga merosot,” tambahnya.

 

Dalam pada itu, penggantian PPSMI dengan Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBBI) telah mula memperlihatkan kesan positif dan tiada keperluan PPSMI ditimbangkan untuk dilaksanakan semula.

 

Pada 2011, Kementerian Pendidikan semasa di bawah teraju Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan pemansuhan PPSMI sesudah kajian dilakukan oleh pelbagai institusi bahasa dan pendidikan, termasuk universiti dan persatuan serta orang perseorangan yang menunjukkan kesilapan dan kegagalan program itu.

 

Pada 31 Januari lalu, Presiden Persatuan penulis Nasional (PENA) Dr Mohamad Saleeh Rahamad telah bertegas bahawa PENA membantah sekeras-kerasnya cadangan melaksanakan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

 

“Keputusan melaksanakannya semula sangat bertentangan dengan aspirasi Pendidikan nasional dan akan merosakkan tahap pendidikan anak bangsa, terutamanya pelajar luar bandar,” katanya.

 

Tambahnya, telah terbukti sebelum ini pencapaian dalam peperiksaan merudum dan banyak pembaziran berlaku apabila perbelanjaan untuk melaksanakan PPSMI tidak mendatangkan kebaikan.

 

Sementara itu, IKRAM melalui Pengerusi Jawatankuasan Pendidikan, Prof Dr Omar Yaakob turut membantah ura-ura pelaksanaan semula PPSMI dan menyifatkan PPSMI dalam bentuk yang asal telah terbukti tidak berjaya sehingga menyebabkan kerajaan membatalkannya.

 

“Unsur utama PPSMI ialah ‘paksaan’ ke atas semua sekolah tanpa kecuali untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.”

 

“Ini berlaku, walaupun terdapat sekolah yang tidak mempunyai persediaan yang cukup dari segi sumber, prasarana dan guru yang kompeten,” jelasnya.

 

Melihat pada kajian lain yang telah dibuat oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2008 merekodkan kemerosotan sehingga 80 peratus di Sekolah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah sehingga program ini dibatalkan secara berperingkat pada 2010.

 

Realitinya, PPSMI yang telah dilaksanakan pada 2002 hingga 2010 telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada tahap pencapaian akademik para pelajar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia