“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.”
Bagi ubat Favipiravir, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal.
“Dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau malam tadi.
Sebelumnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/ Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.
“Melalui semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jelasnya, mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.”
Tambahnya lagi, bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.
“Dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM,” jelas Noor Hisham.
Pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans akan dijalankan oleh KKM bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit.