Pendirian AS terhadap penempatan Israel tidak masuk akal

Beliau mengulas laporan yang memetik Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang telah mengumumkan bahawa pentadbiran Trump tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram.

“Anggapan itu secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

“Kita tidak lagi selamat. Jika sesebuah negara mahu masuk ke negara kita dan membina penempatan, kini ia adalah sah dan dihalalkan. Kita tidak boleh buat apa-apa,” tambah beliau dalam kenyataan akhbar yang dikeluar Pejabat Perdana Menteri.

Menurutnya, langkah yang dibuat oleh pentadbiran Trump ini telah menyebabkan kemarahan di peringkat antarabangsa kerana ia bertentangan dengan keputusan Pentadbiran Amerika Syarikat pada tahun 1978 di mana penempatan tersebut adalah haram dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Tun Dr Mahathir melahirkan perasaan bimbang kerana pengumuman ini akan menggalakkan lagi kekejaman tentera Israel yang ketika ini sedang ghairah melakukan pembunuhan dan serangan ganas ke atas Gaza di mana laporan-laporan menyatakan ramai kanak-kanak terkorban.

“Anda mengumumkan bahawa penempatan haram mereka adalah sah semasa mereka sedang melakukan keganasan di Gaza… tidakkah ini akan menggalakkan mereka untuk membunuh kanak-kanak dan orang awam dan mereka tidak akan dihukum?

Sebaliknya mereka diberi ganjaran untuk membina penempatan di tanah penduduk yang telah mati mereka bunuh,” tambah beliau.

Kredit: Pejabat Perdana Menteri Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia