Segera harmonikan bidang kuasa Mahkamah, Undang-undang Sivil & Syariah

Seluruh negara dikejutkan dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan penukaran agama anak-anak Muhammad Ridhuan Abdullah dan Puan Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pelbagai pihak telah memberikan reaksi. Ada yang mengalu-alukan keputusan ini manakala ada pula yang menganggap bahawa ini satu kekalahan bagi pihak Islam dan memberi amaran akan berlakunya tindak balas dan kekacauan.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak semua pihak untuk bertindak rasional dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan meskipun tidak bersetuju sepenuhnya dengan keputusan tersebut. Yang nyata, telah berlaku pertindanan dan ketidakharmonian antara Mahkamah dan Undang-undang Sivil dan Syariah.

IKRAM mengalu-alukan penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang oleh Jabatan Peguam Negara. Penubuhan Bahagian ini diharap dapat menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil serta Undang-undang Syariah dan Undang-undang Sivil.

Sebelum ini Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Ogos 2017 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Terdapat enam kluster di bawah Jawatankuasa ini di mana salah satunya adalah Kluster Pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah.

IKRAM berharap dengan penubuhan pelbagai institusi ini, usaha pengharmonian ini akan dapat dipercepatkan. Semua pihak yang berkepakaran hendaklah dibawa berunding agar keadilan bagi semua dapat ditegakkan.

IKRAM menyeru semua pihak beriltizam untuk menghormati Perlembagaan Malaysia serta memainkan peranan mengendurkan sebarang ketegangan serta memelihara perpaduan kaum bagi menjamin kestabilan politik dan keselamatan negara.

Sebarang usaha bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat perlu ditangani dengan segera.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia