Perjumpaan Aidilfitri CAKNe 2016 ceriakan pesakit kanser kanak-kanak

Dilangsungkan di Bubbles & Beans Cafe, Putrajaya pada Sabtu 30 Julai 2016 lalu, program yang julung-julung kalinya diadakan ini juga bertujuan untuk untuk merapatkan silaturahim sesama keluarga kanak-kanak tersebut. 

Turut membantu menjayakan program ini adalah para sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Rukun Tetangga PKNS dan juga mahasiswa.       

    

 Turut serta dalam usaha khidmat masyarakat ini ialah Pn Hajah Faridah Maludin, Pengurus Pusat Sokongan Wanita & Keluarga (PAKSI-IKRAM) merangkap Ketua Wanita IKRAM Kawasan Batu dan Pegawai Eksekutif Wanita IKRAM, Nik Khatijah Nik Mud.

Dalam majlis berkenaan, turut diadakan sambutan hari lahir kanak-kanak yang hadir, cabutan bertuah, aktiviti berbasikal dan menaiki beca serta persembahan capoeira.

Dalam pada itu, program ini diadakan bagi memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak yang menghidap penyakit kanser dan meringankan beban keluarga pesakit kanser.

    

Menurut Pengerusi CAKNe-PPUKM, Pn Nor Hashimah Sulaiman, beliau terpanggil untuk menubuhkan pusat sokongan tersebut untuk membantu dan memberi sokongan kepada keluarga pesakit kanser kanak-kanak supaya mereka tidak merasa keseorangan dalam menghadapi situasi tersebut.

Semoga usaha murni ini dapat memberikan sokongan dan harapan untuk keluarga ini dalam menangani cabaran memelihara anak-anak mereka yang menghidap kanser, insya-Allah.

Sumber: CAKNe-PPUKM | Wanita IKRAM | PAKSI IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia