IKRAM Alu-alukan Penubuhan Jawatankuasa Khas Kajian Novel Pantai Kasih

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan unsur-unsur negatif yang terdapat di dalam novel Pantai Kasih yang digunakan sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan Empat di beberapa negeri.

IKRAM turut merakamkan kebimbangan terhadap penggunaan novel ini. Walaupun ia membawa nilai kebaikan dari sudut kecekalan watak utama serta bertujuan memasukkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi, novel yang telah disunting dan diedarkan di sekolah-sekolah tetap mempunyai unsur-unsur tidak sihat seperti budaya dan gaya hidup petugas hospital yang tidak realistik serta penceritaan nafsu seksual yang keterlaluan.

Perkara-perkara ini tidak sesuai sebagai bahan pendidikan untuk remaja dalam kalangan umur Tingkatan Empat. Kebanyakan guru tidak selesa menggunakan bahan berkenaan di dalam kelas.

IKRAM juga melahirkan kekesalan terhadap proses cadangan, penilaian dan pengesahan sesebuah buku teks yang tidak kelihatan efektif untuk mengesan dan menapis unsur-unsur negatif di dalam buku ini dari awal lagi. Pihak panel penilai perlu melihat kembali proses ini dan memperbaikinya agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Dengan ini, IKRAM juga mendesak pihak-pihak bertanggungjawab dalam urusan ini agar meletakkan kriteria pembangunan nilai, jati diri, akhlak dan adab dalam pemilihan bahan-bahan pendidikan.

Buku teks dan bahan pendidikan haruslah mampu memupuk nilai-nilai mulia, keperibadian terpuji dan cara hidup yang sihat dan sejahtera seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan orang-orang soleh.

Generasi ini merupakan generasi yang terdedah kepada pelbagai cabaran yang membawa kepada hedonisme dan merosakkan nilai serta jati diri. Justeru, bahan pendidikan formal harus mampu membantu para pelajar menghadapi cabaran ini agar mereka terbentuk menjadi peribadi-peribadi yang bersedia meneruskan pembangunan masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, novel Pantai Kasih dan bahan sepertinya perlu ditarik balik daripada teks sekolah dan diganti dengan bahan lain yang lebih sejahtera.

Prof Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia