Mega Street Dakwah kali ketiga ini dianjurkan bersama oleh Hidayah Centre Foundation (HCF), Multiracial Reverted Muslims (MRM), IKRAM Siswa Nasional dan Skuad Mubaligh Malaysia bertemakan ‘Brothers In Faith’.
Street Dakwah merupakan salah satu usaha pendekatan dakwah yang kreatif terutamanya kepada masyarakat yang belum Islam. Usaha ini sering dijalankan secara berkala oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan kebanyakannya menunjukkan respons yang positif.
Pendekatan ini sangat berkesan dan unik untuk golongan belum Islam (non-Muslim) yang jauh terpisah daripada kebenaran Islam disebabkan salah faham serta persepsi negatif terhadap agama Islam. Ia juga boleh membuka ruang interaksi masyarakat Islam dan masyarakat belum Islam untuk mengenali Islam dengan cara mudah dan santai.
Justeru, penganjur menyeru umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama menyertai Mega Street Dakwah 2015 ini sebagai salah satu usaha dakwah yang merupakan satu tanggungjawab semua umat Islam, selari dengan tuntutan Islam sepertimana yang diperintahkan Allah SWT:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Nahl: 125)
Untuk mendaftar sebagai sukarelawan Mega Street Dakwah 2015, sila isi di pautan berikut: http://goo.gl/forms/40TwFyrAH0
Lokasi berkumpul:
1. Peserta Mega Street Dakwah akan berkumpul mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh negeri masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh hubungi wakil dari setiap negeri yang berkenaan.
2. Peserta yang telah berdaftar secara online melalui Google Form akan dihubungi melalui salah satu cara berikut :
a) E-mel
b) SMS/ Whatsapp
Wakil untuk dihubungi di setiap negeri :
Selangor
A Hoong : 012 397 7086
Reza : 017 294 5098
Kuala Lumpur
Muhd Faris : 018 917 0902
A Hoong : 012 397 7086
Perlis
Azrul Nizah : 010 404 5104
Kedah
Mohd Razman : 013 436 5669
Pulau Pinang
Khaw Lek Ming : 013 432 3549
Perak
Harith Fadzillah : 017 586 8922
Kelantan
Md Ros Sidek : 019 982 3731
Pahang
Irsyad : 019 368 9107
Siti Rosianti : 013 370 4821
Negeri Sembilan
Umry : 017 696 6277
Melaka
Zaki : 013 624 4717
Johor
Busyra : 013 245 9819
Sarawak
Zarina : 019 858 3575
Sabah
Firdaus : 019 842 2908