Hubungan Muslim Dan Bukan Muslim – Ambil Pendekatan Sederhana Dan Elak Aliran Ghuluw (Melampau)

Pertubuhan IKRAM Malaysia mengajak semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam konteks hubungan Muslim dan bukan Muslim. Ini adalah selari dengan saranan yang dikemukakan oleh Syeikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qaradaghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia dalam satu ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kompleks IKRAM Pusat pada Khamis, 5 November 2015 yang lalu.

Rakaman penuh ceramah tersebut beserta sesi soal jawab boleh diikuti di pautan berikut: 

https://youtu.be/7HFRtV4lfDY

Isi kandungan ceramah ini juga terdapat dalam buku karangan beliau yang bertajuk “Nahnu wal Aakhar“. Buku ini dapat dibaca menerusi pautan berikut: 

http://iumsonline.org/cms/assets/isdarat/nahno-wa-akhar.pdf

Ternyata pandangan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia ini amat sederhana dan inklusif serta bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Merujuk kepada ulama’ luar adalah amalan lazim mana-mana gerakan Islam. Bahkan kitab- kitab fiqh, tarbiah, siasah, sirah dan lain-lain hampir keseluruhannya ditulis oleh ulama’ luar dan telah dijadikan rujukan sejak puluhan tahun oleh semua gerakan Islam di Malaysia.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Az-Zumar (Surah ke-39) ayat 17-18 yang bermaksud:

…Sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hamba Ku, mereka yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut jalan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Ayat ini menyarankan kepada kita untuk bersikap terbuka bagi mendengar pandangan semua pihak dan mengambil pandangan yang terbaik. Ini adalah antara prasyarat bagi mendapat petunjuk Allah s.w.t. dan petanda bagi orang yang berakal sempurna.

Marilah kita menjadi orang yang sentiasa merendah diri, ikhlas dan bersedia mendengar daripada semua pihak.

Elakkan dari mengambil jalur yang keras dan ghuluw (melampau) dalam konteks hubungan Muslim dan bukan Muslim. Ambillah pendekatan lebih bijaksana dan sederhana seperti yang disarankan oleh ulama muktabar. Sesungguhnya jalur ghuluw telah banyak membawa kerosakan kepada umat.

Hj. Nahar bin Md Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia