Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, pertukaran tarikh ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM atas permintaan pengasas Parti En-Nahda Movement, Tunisia, Dr Rachid Ghannouchi sendiri sebagai penyampai ucaptama konvensyen.
Selain Dr Rachid, akan turut bersama dalam konvensyen tersebut adalah Dr Ibrahim Munir, Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin (IM) Antarabangsa dan pembantu beliau, Mahmoud el-Abiary.
Bagi pihak IKRAM, Hj Nahar memohon kemaafan atas sebarang kesulitan yang timbul kepada ahli IKRAM yang telah mendaftar PTI 2015 dan para peserta KMS 2015 akibat pertukaran tarikh ini.
Pendaftaran untuk PTI 2015 adalah melalui Setiausaha IKRAM Daerah manakala pendaftaran KMS 2015 adalah melalui http://www.islamicevents.my/. Urusan pengembalian wang yuran untuk peserta KMS 2015 yang tidak dapat hadir untuk perubahan tarikh ini akan diuruskan oleh pihak urusetia program dan pihak islamicevents.my.