Presiden IKRAM ke Kelantan lawat operasi i-Bantu

KOTA BHARU – Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah bertolak ke Kota Bharu pada pagi semalam untuk melihat operasi i-Bantu di Kelantan dengan lebih dekat.

Beliau diiringi oleh Pengerusi  Jawatankuasa Khidmat Masyarakat, Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif dan Pembantu Pengurus Operasi i-Bantu, Abdul Hafidz Hashim yang membawa kereta pacuan empat roda ke sana. Rombongan disambut oleh Pengarah i-Bantu Kelantan, Dr Dinsuhaimi Sidek dan para petugas i-Bantu Kelantan.

Tiba di sana sekitar jam 6.00 petang, Mohd Parid dan rombongan melawat Markas Operasi i-Bantu Kelantan di Kubang Kerian, bertemu dengan para petugas i-Bantu Kelantan dan sukarelawan i-Bantu Johor yang membantu di Pusat Operasi Gabungan NGO di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan.

Pada malamnya, mereka menyertai mesyuarat operasi pasukan i-Bantu Kelantan bagi menyelaras usaha-usaha menyalurkan sumbangan, bantuan dan khidmat kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Kelantan.

Meskipun sibuk dengan pelbagai urusan sebagai Presiden, Dr Mohd Parid tidak ketinggalan membantu membungkuskan barang bantuan pada Rabu lalu di pusat pengumpulan i-Bantu Kajang di Surau Sri Al-Amin Bangi. Turut hadir membantu adalah Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

Sumber: http://on.fb.me/1xC0lJB

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia