Naib Juara pertandingan disandang oleh Wanita IKRAM Negeri Sembilan sementara Wanita IKRAM Selangor di tempat ketiga.
Lagu ciptaan Syalina Ahmad dan lirik oleh Dr Lilis Surienty Abd Talib dan Mardiana Abd Rahim untuk Wanita IKRAM Pulau Pinang ini turut memenangi kategori Persembahan Terbaik sementara bagi kategori Vokalis Terbaik, ia dimenangi oleh Wanita IKRAM Negeri Sembilan.
Sebanyak enam Wanita IKRAM Negeri yang terpilih ke peringkat akhir mempersembahkan lagu masing-masing iaitu Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan (dua lagu), Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Acara selingan turut dipersembahkan dengan penampilan istimewa trio dari Sabah, Puan Afizah Datuk Hj Shuhaibun dan anak-anaknya. Kemudian, ia diikuti dengan deklamasi puisi oleh beliau bersama trionya yang bertajuk “Serikandi Hiasan Dunia”.
Persembahan kemuncak dan istimewa pula dipersembahkan oleh Nurul Iman Dzulkefly, pengacara TV Alhijrah dengan lagu “Oh Umayrah” daripada album “Aku Ori Bukan Fotokopi”.
MASWI 2014 yang julung kali diadakan oleh Wanita IKRAM yang melihat seni sebagai sebagai salah satu sisi penting bagi meningkatkan semangat dan roh perjuangan wanita Islam, setelah Perhimpunan Ahli Teras Wanita IKRAM (PATWA) berlangsung pada sebelah siangnya.
Tahniah kepada semua pemenang dan pihak penganjur, Wanita IKRAM Pusat yang mengadakan acara ini dengan jayanya.