IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
IKRAM mempunyai misi untuk melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan; berjuang membangunkan sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan; dan membina kekuatan umat dengan membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.
Bagi memperkasakan misi dakwah, tarbiah dan kebajikan ini, IKRAM mempelawa warganegara Malaysia beragama Islam yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
KERANI PENTADBIRAN (FRONT DESK) – 1 orang
Tanggungjawab:
- Menjawab panggilan telefon.
- Menyambut kedatangan pelawat.
- Menerima serahan dokumen atau surat-surat.
- Mengawal selia kedatangan kakitangan IKRAM.
- Melaksanakan lain-lain tugas lain-lain yang berkaitan pentadbiran serta menerima.
- Melaksanakan arahan daripada pihak pengurusan dari masa ke semasa.
Kelayakan dan kelulusan:
- Memiliki minimum sijil SPM atau STPM atau yang setaraf.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran dan front desk amat dialu-alukan.
- Mempunyai sahsiah dan amalan Islam yang baik.
Calon-calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyertakan resume serta gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2014 kepada:
Pengurus
Jabatan Pentadbiran Dan Sumber Manusia
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89453666/6999
Faks: 03-89451772
Emel: info@ikram.org.my