IKRAM Saran Kerajaan dan Polis Bersikap Adil

IKRAM mendokong prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan demokrasi yang selari dengan tuntutan Islam.  Prinsip-prinsip ini turut terkandung dalam perlembagaan negara.

IKRAM berpendapat penyiasatan dan pendakwaan secara terpilih khususnya yang berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menjejaskan demokrasi dan merosakkan lagi imej kerajaan.

IKRAM menggesa semua pihak untuk menghormati semua hak-hak yang termaktub di dalam Bahagian II – Kebebasan Asasi, termasuk kebebasan bersuara dan berhimpun.  Undang-undang wajar disemak agar memudahkan rakyat memperoleh kebebasan asasinya.  Menggunakan undang-undang untuk menghalang dan menyusahkan rakyat merugikan semua pihak.

Sehingga undang-undang dipinda, IKRAM menyarankan pihak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis bersikap adil dan profesional serta menggunakan budi bicara bagi menjamin rakyat mendapat haknya dan negara terus aman.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia