Penyaksian amal seorang da’i bernama Iman

Demikian mesej terakhir Allahyarham Muhammad Nur Iman Shafieq Abd Rahman kepada murabbi beliau. Beliau yang aktif berdakwah semasa di UK dan kali terakhir bersama IKRAM Hulu Langat, merupakan graduan University Greenwich, London.

Iman Shafiq kembali ke rahmatullah akibat pada jam 5:30 petang, pada Sabtu 16 Mac 2013 bersamaan dengan 4 Jamadil Awwal 1434H ketika berusia 24 tahun, akibat kemalangan motosikal.

Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Toyota Alphard di Lebuh Raya KL-Seremban ketika pulang daripada kerja di Selayang. Ketika itu beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi. Malam itu juga, sepatutnya beliau menghadiri katibah.

Jenazah beliau selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Pusat Perubatan UKM dengan disaksikan ratusan sahabat handai ikhwah dan akhawat. Kemudian, van jenazah membawa beliau ke rumah ibunya di Taiping dan selamat dikebumikan di sana pada jam 2:30 pagi Ahad, 17 Mac 2013.

Komentar Timbalan YDP IKRAM Selangor, Ustaz Shamsul Ma’arif mengenai beliau:

“Untuk makluman semua, akhi Iman Shafiq seorang lulusan universiti di London, ana telah kenali sewaktu ana berada di Oxford 2010-2011 berkhidmat dengan IKRAM UKE.

Beliau adalah seorang pemuda dan da’i yang sangat ghairah kepada Islam dan dakwah, rajin ke masjid dan istiqamah dengan usaha-usaha dakwah dan tarbiah. Semoga istiqamahnya kepada Islam akan menjadi suri tauladan kepada kita yang masih hidup. Boleh lihat wajahnya di facebook beliau.”

Komentar di FB Muhammad Munzir Muzahar:

“Ana sempat kenal akhi ni time cuti summer tahun lepas di program PERSISTEN, seorang akh yang aktif dan sangat sempoi.

Allahu.. terasa kehilangan akhi ni walau tak kenal mendalam.. cerita-cerita dari ikhwah lain cukup menggambarkan pengorbanan dan gencarnya akh ini dalam dakwah dan tarbiah..

Akhi, hari ini ikhwah satu dunia merasai pemergian anta,
Ikhwah menjadi saksi terhadap amal-amal anta!
Bergembiralah di Jannah sana, moga-moga kami juga dapat menyusul anda :’) “

Komentar di FB Dr Hafidzi Mohd Noor:

“Aku benar menangis kali ini atas pemergian dua orang insan selang 6 jam sahaja. Hatiku tidak mampu berbicara apabila orang yang mengenali mereka bercakap yang baik-baik sahaja tentang mereka bahkan bersaksi akan benarnya amal mereka. Seorang seangkatan dengan aku, menekuni jalan ini walaupun dengan segala kesulitan dan menanggung kesakitan tubuh badan. Beliau dengan tongkat dan topangnya menapak penuh tsabat. Ketika aku menjadikan itu alasan, yang itulah juga menjadi sumber kekuatan mu.

Wahai sahabat aku menangis kerana amat lega ada manusia-manusia seperti kamu untuk kami yang lemah ini contohi.

Selamat istirahat sahabat kami akhuna Jusri Jusoh dan Iman Shafiq.”

Daripada Anas bin Malik ra katanya, suatu hari ada jenazah yang diusung di hadapan Rasulullah SAW, jenazah tersebut dipuji dengan kebaikan, maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya.” Kemudian dilewati pula jenazah yang lain di hadapan Rasulullah SAW, namun jenazah tersebut dicaci dengan keburukan, maka Rasulullah SAW pun bersabda; “Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya.”

Maka Umar RA pun bertanya; “Ibu dan ayahku menjadi tebusan bagimu, telah lalu iringan jenazah lalu ia dipuji dengan kebaikan kemudian engkau berkata; “Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya.” Kemudian lalu pula jenazah yang lain, dan jenazah tersebut dicaci dengan keburukan, lalu engkau pun berkata; “Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya.”

Maka Rasulullah SAW pun bersabda; “Siapa yang telah kalian puji dengan kebaikan, maka telah wajib baginya syurga. Dan siapa yang kalian cela dengan keburukkan, maka telah wajib pula baginya neraka. Antum syuhada’ Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Antum syuhada’ Allah (para saksi Allah) di muka bumi.” [Sahih Muslim: 2197]

Semoga dengan penyaksian sahabat-sahabat tentang amal dakwah dan kebaikan mereka ini, Allah mengganjari kedua-dua arwah ini dengan syurga, insya-Allah.

 

Foto utama: Iman ketika usrah kedua terakhir beliau.

Sumber dan kisah terperinci:

FB Muhammad Munzir

FB Muhammad Mus’ab

FB Amri Rahamat

FB Ahmad Qassim

FB Fittri Fahmi

Web Muharikah: Thanks Akh Iman

Web Angel Wears Gucci: Iman, Si Mujahid Setia

FB Irfan Masiri

FB Ainullotfi

FB Dr Hafidzi

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia